Skip to main content

Hiburan

Vicha Saywho Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Jadi Suami, Sifatkan Johnson Sebagai Lelaki Penyayang - “Kamu Menyayangi Anak-Anakku Walaupun…”

Vicha Saywho

Sekilas

  • Pelawak Vicha Saywho berkongsi luahan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Johnson, yang dianggapnya sebagai anugerah dalam hidupnya.
  • Vicha menghargai pengorbanan Johnson yang menyayangi ketiga anaknya dari perkahwinan terdahulu tanpa membeza-bezakan, serta hubungan mesra mereka selama 11 tahun.
  • Mereka berkahwin pada Ogos 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Michael Taylor Ayomide, selain Vicha mempunyai tiga anak perempuan dari perkahwinan sebelum ini.

Pelawak, Vicha Saywho menyorot perhatian apabila berkongsi luahan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran suaminya yang dikenali sebagai Johnson.

Menerusi Instagram (IG), Vicha atau nama lengkapnya Refika Novianti Faturohman menganggap perkahwinannya bersama Johnson sebagai satu anugerah.

Ujarnya, dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepadanya jika tidak menjadi isteri kepada Johnson.

“Dad (panggilan Johnson), aku ingin bercerita. Aku tidak tahu bagaimana hidupku jika aku tidak berkahwin denganmu.

“Aku juga tidak tahu apa yang akan jadi pada diriku sekarang sekiranya tidak mempunyai kamu di sisi.

“Kadang-kadang aku terfikir, amalan apakah yang aku lakukan sehingga Allah menghadiahkan aku seorang suami sepertimu,” kongsi Vicha.

Menerusi hantaran yang sama, Vicha turut memuat naik beberapa foto mesranya bersama Johnson.

Dalam masa yang sama, bekas peserta program Maharaja Lawak Mega ini menitipkan kata penghargaan buat Johnson yang sangat ikhlas menyayangi ketiga anaknya hasil perkahwinan terdahulu.

“Aku rasa tiada hadiah di dunia ini yang mampu membalas semua pengorbananmu sepanjang kita bersama. Selama 11 tahun ini, kamu sanggup berkorban berjauhan dengan keluarga demi aku.

“Kamu menyayangi anak-anakku walaupun mereka bukan darah dagingmu. Junior (panggilan anak bongsu) mendapat layanan yang sama seperti tiga anak yang lain, tidak pernah sekalipun kamu membeza-bezakan mereka,” tulisnya lagi.

Di akhir perkongsian, Vicha berharap agar ikatan perkahwinan mereka berkekalan serta hubungan kekeluargaan sesama mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

“Semoga daddy selalu sihat, dipanjangkan umur dan selalu diluaskan rezeki.

“Kami semua sayang daddy,” ujarnya.

Untuk rekod, Vicha bernikah di Kuala Lumpur bersama Johnson yang merupakan lelaki asal Nigeria pada Ogos 2018 lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Michael Taylor Ayomide yang kini berusia enam tahun.

Sebelumnya, Vicha pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Aurel Angelina Kheyza, Listy Arun Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.

Sumber: Instagram Vicha

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

Must-Watch Video

Advertisement