Skip to main content

Hiburan

Video Amelia Henderson Ajar Matt Damon Dan Tom Holland Bahasa Melayu Buat Ramai Teruja - “Proud Of You Ame!”

Video Amelia Henderson Ajar Matt Damon Dan Tom Holland Bahasa Melayu Buat Ramai Teruja - “Proud Of You Ame!”
Advertisement

Pengacara dan pelakon Amelia Henderson mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dirinya menemu bual dua bintang Hollywood, Matt Damon dan Tom Holland.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Amelia memuat naik video memaparkan dirinya bersama kedua-dua pelakon terkenal itu yang ditemu bual untuk podcast kendaliannya, Studio Sembang.

 

 Menariknya, menerusi video temu bual itu juga, Amelia sempat mengajar kedua-dua pelakon tersebut beberapa ayat dalam bahasa Melayu seperti ‘Gerak lu’ dan ‘Bapak aku on the way’ kepada Matt Damon dan Tom Holland.

Difahamkan, sesi temu bual tersebut berlangsung ketika acara tayangan perdana filem terbaharu arahan Christopher Nolan, The Odyssey di Mumbai, India.

Perkongsian itu nyata mengundang keterujaan ramai apabila rata-rata peminat meluahkan rasa bangga melihat Amelia berjaya menembusi platform antarabangsa.

“Bangga dan gembira sangat dengan Ame.

“Proud of you Ame.

“Ya Allah, tak sabar nak tengok episod ini.

“Tak sangka Ame dapat jumpa Spider-Man.

“Ini memang pencapaian yang membanggakan. Teruskan melakar kejayaan,” antara komen netizen.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

[MEOW] Sandal Lelaki Tapak Selesa Selipar Lelaki Viral Kasual Black Adjustable Bertali Men Sandals

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

naelofar Amoud Sejadah

naelofar Amoud Sejadah

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Must Watch Video

Advertisement