Skip to main content

Hiburan

Video Ayda Jebat Menyanyi Atas Kerusi Roda Di Singapura Tular, Peminat Sebak Lihat Kegigihan Cari Rezeki - “Tabah Harungi Walaupun Sakit”

Astro Gempak 237

Sekilas

  • Ayda Jebat tampil menyanyi di Celebfest 2026 di Singapura menggunakan kerusi roda selepas mengalami masalah kesihatan.
  • Walaupun dalam keadaan kurang sihat akibat luka jahitan terbuka selepas bersalin, Ayda tetap komited menghiburkan peminat dengan persembahan bertenaga.
  • Suami Ayda, Nabil Mahir, berkongsi bahawa penyanyi itu memilih menjalani prosedur jahitan tambahan demi memenuhi janji kepada peminat.

Perkongsian video memaparkan penyanyi Ayda Jebat menyanyi di atas kerusi roda ketika di acara Celebfest 2026 di Singapura mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tular tersebut, Ayda dilihat mendendangkan lagu Pencuri Hati di atas pentas dalam keadaan berkerusi roda, namun tetap memberikan persembahan bertenaga seperti biasa.

 Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain memuji komitmen penyanyi itu yang tetap menghiburkan peminat walaupun dalam keadaan kurang sihat.

“Impressive si Ayda. Walaupun ada slip disc tapi tetap hiburkan peminat. Inilah betulnya artis.

“Demi sesuap nasi seorang wanita ini amat tabah harungi walaupun dalam kondisi sakit. Keep it up Ayda, semoga luas lagi rezeki dan cepat sihat.

“Sekuranganya dia tidak mengecewakan pihak-pihak dan peminat dia. Doakan dia cepat sembuh dah la,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, suami Ayda, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang masih dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.

Menurut Nabil, luka jahitan Ayda dilaporkan terbuka sebulan selepas bersalin.

Kongsi Nabil, walaupun doktor pada awalnya tidak menyarankan jahitan tambahan kerana luka semakin pulih, Ayda tetap memilih untuk menjalani prosedur tersebut demi menunaikan janji bertemu peminat di Singapura.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Must Watch Video

Advertisement