Skip to main content

Hiburan

Video Datuk K ‘Terkentut’ Tular, Siti Nurhaliza Hargai Keprihatinan Peminat - “Mereka Menjaga Saya…”

Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berasa terharu apabila mempunyai peminat yang sentiasa peka dan melindunginya daripada menjadi bahan jenaka di media sosial.

Bagaimanapun, menurut Siti atau nama lengkapnya, Siti Nurhaliza Tarudin,46, insiden ‘melepaskan angin’ sewaktu siaran langsung di TikTok itu berlaku secara spontan dan dia sendiri tidak dapat menghalang orang ramai daripada merakamnya.

“Macam mana nak cakap ya, tapi itu memang dunia sosial media. Semuanya berlaku secara tak sengaja. Dia jadi kelakar pun ada kan, saya pun tak tahu nak komen macam mana.

“Tapi dalam satu sudut pandang yang lain, memang baguslah peminat saya ini. Mereka menjaga saya agar tidak menjadi bahan gelak. Cuma itulah benda itu berlaku secara spontan bukan kami sengaja nak buat pun. Dia (Datuk K) pun hanya gelak sahaja,” katanya kepada Gempak.

Mengulas lanjut reaksi suaminya, Siti berkata Datuk K mengambil perkara tersebut dengan tenang dan memahami situasi yang berlaku tanpa disengajakan.

Tambah pelantun lagu Kesuma  itu lagi, mereka hanya menganggap insiden berkenaan hanya menceriakan suasana dan tidak wajar diperbesarkan malah menjadi peringatan agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Suami saya macam biasa sahaja sebab benda tu berlaku secara spontan. Sebab itu saya kata kalau benda ni berlaku di luar negara ia biasa sahaja namun di Malaysia kita ada adab kita.

“Jadi benda ini hanya menceriakan dan saya ambil dari sudut positif. Mungkin lepas ini suami saya akan lebih berhati-hati,” tambahnya.

Terdahulu, para peminat Siti Nurhaliza tampil meminta orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video yang berpotensi mengaibkan Biduanita Negara itu serta keluarganya.

Menurut mereka, sebagai figura seni yang disegani dan dihormati, Siti wajar dilindungi daripada dijadikan bahan jenaka atau konten sensasi di media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement