Skip to main content

Hiburan

Video Era KL Menjerit 1 Imbau Nostalgia, Ramai Tak Sabar Tengok ‘Comeback’ Que Haidar Dalam Malaikat Malam

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam semakin hangat apabila trailer rasmi yang tular mendapat perhatian ramai warganet.
  • Astro Shaw berkongsi video evolusi pelakon Que Haidar yang menunjukkan perjalanan beliau dalam filem bertemakan dunia permotoran, termasuk babak lama dari KL Menjerit 1.
  • Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 26 Mac dengan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, dan lain-lain.
Advertisement

Kehangatan filem Malaikat Malam kian terasa apabila ramai warganet menyuarakan rasa tidak sabar untuk menonton filem itu selepas menonton trailer rasmi yang tular di media sosial.

Terbaharu, perkongsian Astro Shaw di Instagram (IG) yang memaparkan evolusi pelakon, Que Haidar dalam filem bertemakan dunia permotoran telah menyorot perhatian ramai.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat sedikit teaser babak yang dilakonkan Que ketika bergandingan dengan pelakon utama Malaikat Malam iaitu Syafiq Kyle penuh dengan karisma dan aura yang pastinya akan memukau penonton.

Di penghujung video, Astro Shaw turut menyelitkan semula beberapa babak lama yang dibawakan Que ketika membintangi filem motor ikonik, KL Menjerit 1 yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.

Perbandingan dua era itu sedikit sebanyakl memperlihatkan perjalanan Que dalam industri seni, khususnya dalam filem yang berkaitan dengan dunia permotoran.

Menjengah ke ruanagan komen, rata-raya netizen menyuarakan rasa tidak sabar untuk melihat kemunculan semula Que setelah sekian lama tidak tampil di layar perak.

Sekadar info, filem Malaikat Malam terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac ini di pawagam terpilih.

Selain Que, antara pelakon yang membarisi filem ini termasuklah Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement