Skip to main content

Hiburan

Video Nyanyian ‘Dawai’ Mila Jirin Kembali Tular, Raih Pujian Ramai - “Jangan Main-Main, Juara Wanita AF Pertama Tau”

Video Nyanyian ‘Dawai’ Mila Jirin Kembali Tular, Raih Pujian Ramai - “Jangan Main-Main, Juara Wanita AF Pertama Tau”

Sekilas

  • Video nyanyian Mila Jirin lagu Dawai yang asalnya dinyanyikan Fadilah Intan kembali tular di Threads dan mendapat perhatian ramai.
  • Rakaman tersebut menunjukkan Mila, juara Akademi Fantasia musim kelima, menyanyi dengan penuh penghayatan dan vokal yang merdu serta bertenaga.
  • Video itu juga mendapat pujian dari peminat di Indonesia, mengukuhkan reputasi Mila sebagai penyanyi wanita pertama yang memenangi AF pada 2007.
Advertisement

Di Threads, tular semula video nyanyian penyanyi, Mila Jirin yang menyanyikan lagu Dawai nyanyian asal Fadilah Intan sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang tular itu dimuat naik @nyzamferi itu, dapat dilihat juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) tersebut menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan dan bertenaga.

Advertisement

Ujar individu tersebut, video yang sudah beberapa tahun lamanya itu juga turut meraih perhatian serta kata pujian daripada peminat lagu tersebut dari negara jiran.

“Nyanyian lagu Dawai oleh Mila kembali viral dan turut mencuri perhatian warga Indonesia.

“Suara Mila yang merdu, lembut tetapi tetap bertenaga buat ramai yang terpesona dan memuji vokalnya,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, individu berkenaan turut memuji kemampuan vokal Mila yang disifatkan sebagai lunak dan merdu.

Malah individu tersebut turut berpendapat Mila sememangnya layak bergelar juara AF sekitar 19 tahun lalu.

“Ramai juga yang mengakui kemampuan Mila sejak zaman AF lagi, malah ada yang berpendapat memang layak Mila bergelar juara AF dan mencipta sejarah sebagai peserta wanita pertama yang memenangi AF ketika itu.

“Sampai sekarang, suara Mila masih menjadi perhatian dan tetap sedap didengar,” tulisnya lagi.

Untuk info, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmila Jirin merupakan juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement