Skip to main content

Hiburan

Video Tular Cetus Kontroversi, Pempengaruh Jelas Perkara Sebenar… Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Ivory Xianz

Sekilas

  • Ivory Xianz menafikan dakwaan bahawa dia mengkritik Malaysia atau Rimba Jungle Boardwalk dalam video tular yang telah disunting secara terpilih.
  • Dia menjelaskan video asal bertujuan berkongsi pengalaman sebagai pelanggan dan memberi cadangan penambahbaikan, bukan untuk memperlekehkan.
  • Ivory kini mendapatkan nasihat undang-undang dan akan mengambil tindakan bagi melindungi nama baik serta reputasi produknya.

 

Usahawan dan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ivory Xianz tampil menjelaskan kontroversi mengenai video tularnya ketika melawat Rimba Jungle Boardwalk di KLIA Terminal 1 baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ivory memaklumkan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti mana yang didakwa video yang telah disunting.

Jelas Ivory, dia juga tidak pernah berniat menggambarkan Malaysia sebagai negara yang lemah atau ketinggalan seperti yang dipersepsikan segelintir pihak.

“Dalam video sedang tular ketika ini, telah disunting secara terpilih, beberapa bahagian penting perbualan dipotong sehingga mewujudkan naratif mengelirukan dan tidak menggambarkan pandangan sebenar saya.

“Malangnya, perkara ini telah menimbulkan persepsi bahawa saya mengkritik Malaysia atau Rimba, sedangkan itu bukanlah maksud saya sama sekali.

“Saya memohon maaf sekiranya video tersebut telah menimbulkan sebarang tanggapan yang salah yang tidak pernah saya niatkan,” kongsinya.

Berkongsi lanjut, Ivory menjelaskan bahawa tujuan asal video tersebut adalah untuk berkongsi pengalamannya sebagai pelanggan dan dalam masa yang sana sekadar mahu memberi cadangan untuk penambahbaikan.

“Sebagai usahawan Malaysia, saya sentiasa berbangga menyokong serta membangunkan jenama tempatan, dan percaya bahawa maklum balas yang membina adalah penting untuk membantu industri kita terus berkembang dan menjadi lebih baik.

“Saya dengan rendah hati meminta orang ramai untuk merujuk kepada konteks penuh dan versi yang tidak disunting sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai niat atau pandangan saya,” katanya.

Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, Ivory  memaklumkan bahaaa dia kini mendapatkan nasihat undang-undang dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi nama baik serta reputasi produknya.

Terdahulu, seorang individu didakwa telah memuat naik video yang telah disunting sambil mendakwa Ivory telah memperlekehkan binaan di Rimba Jungle Boardwalk di KLIA Terminal 1.

Walau bagaimanapun, video yang didakwa telah disunting itu sudah dipadam oleh individu tersebut.

Sumber: Instagram (IG)

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement