Skip to main content

Indonesia

Vidi Aldiano Hibah Sound System ke Masjid Sehari Sebelum Meninggal Dunia

Astro Gempak vidi

Sekilas

  • Vidi Aldiano meninggal dunia pada 6 Mac 2026 selepas melawan kanser buah pinggang selama enam tahun.
  • Sebelum meninggal, Vidi menghibahkan sistem bunyi kepada Masjid Al Askar Polsek Ciputat Timur untuk membantu aktiviti masjid.
  • Ayah Vidi, Harry Kiss, berkongsi bahawa Vidi berhasrat hadir ke majlis perasmian masjid tersebut tetapi tidak sempat kerana telah meninggal dunia.

Kisah kebaikan allahyarham Vidi Aldiano yang meninggal dunia pada 6 Mac lalu masih menjadi topik berita kebanyakan portal hiburan Indonesia.

Selain rakan seperjuangan dan peminat berkongsi mengenai kebaikan penyanyi itu, sifat murni Vidi turut didedahkan ayahnya, Harry Kiss baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Harry memberitahu penyanyi yang meninggal dunia pada usia 35 tahun itu sempat membuat hibah sound system atau sistem bunyi kepada sebuah masjid.

"Satu hari sebelum meninggal dunia tanggal 6 Mac 2026, Vidi Aldiano menghibahkan sound system untuk Masjid Al Askar Polsek Ciputat Timur," tulis Harry seperti dilaporkan Detik.

Menurut Harry lagi, hibah tersebut dibuat dalam usaha membantu masjid itu melakukan aktiviti termasuk ceramah dapat disampaikan dengan baik kepada semua jemaah.

“Dia juga bercadang untuk datang ke majlis perasmian masjid tersebut, namun telah meninggal dunia terlebih dahulu,” tambah Harry lagi.

Diketahui Harry merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan sewa beli alat-alat sistem bunyi dan cukup terkenal dalam bidang tersebut.

Vidi meninggal dunia selepas melawan kanser buah pinggang yang dihidapi sejak enam tahun lalu. Dia meninggal dunia dengan ditemani keluarga termasuk isteri tercinta, bintang Sore Istri Dari Masa Depan, Sheila Dara.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement