Sekilas
- Gegar Vaganza Musim 13 akan menyatukan juara-juara Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke-12 dalam pertandingan istimewa sempena ulang tahun ke-30 Astro, bermula 8 November di Astro Ria dan platform digital.
- Program ini menampilkan barisan juara popular seperti Vince, Zahid, Mawi, Stacy dan lain-lain, dengan trio hos Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad serta juri profesional termasuk Dato’ Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
- Selain GV13, Astro juga menganjurkan dua konsert besar di Idea Live Arena, Damansara, menampilkan artis tempatan dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada sambutan tiga dekad Astro.
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, program realiti hiburan paling berprestij, Gegar Vaganza (GV), bakal tampil dengan musim paling istimewa dalam sejarah penganjurannya apabila menghimpunkan juara-juara Akademi Fantasia (AF) dari musim pertama hingga musim ke-12 dalam sebuah pertandingan epik yang sarat dengan nostalgia, persaingan sengit dan detik-detik bersejarah buat industri hiburan tanah air.
Gegar Vaganza Musim 13 bakal bersiaran secara langsung mulai 8 November, 9 malam, di Astro Ria (saluran 104) serta turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan Sooka.
Buat julung kalinya, Gegar Vaganza Musim 13 (GV13) akan menyatukan juara-juara Akademi Fantasia yang pernah mencetuskan fenomena dan mewarnai perjalanan industri muzik tempatan.
Mereka bakal kembali berkongsi satu pentas untuk membuktikan kehebatan vokal, karisma dan ketahanan mereka sebagai antara bintang realiti paling berpengaruh di Malaysia.
GV13 turut dimeriahkan dengan Alha Alfa sebagai rakan kecantikan rasmi dan juga Uphamol selaku penaja bersama yang sentiasa memberi sokongan berterusan.
Sebagai salah satu acara utama sempena sambutan 30 Tahun Astro, GV13 tampil lebih daripada sekadar pertandingan nyanyian. Ia merupakan sebuah penghargaan kepada legasi Akademi Fantasia, program realiti ikonik yang mencetuskan fenomena luar biasa dan mengubah landskap hiburan Malaysia.
Melalui GV13, penonton akan dibawa menyelusuri semula detik-detik kegemilangan yang melahirkan generasi artis realiti pertama negara, yang seterusnya mencipta impak besar serta mewarnai industri hiburan tempatan hingga ke hari ini.
GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij ini.
Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 akan terus digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad. Dikenali dengan kepetahan, gelagat spontan dan keserasian mereka, ketiga-tiga pengacara ini bakal sekali lagi menceriakan suasana setiap minggu dengan gelagat dan energi tersendiri.
Barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Dato’ Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat, yang akan memberikan penilaian secara profesional, telus dan berintegriti terhadap setiap persembahan.
Lebih menarik, musim ini turut menampilkan juri jemputan khas dalam kalangan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sepanjang pertandingan berlangsung.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, “Sempena ulang tahun ke-30 Astro, kami mahu menghadiahkan sesuatu yang benar-benar bermakna kepada rakyat Malaysia. GV13 menjadi platform yang menyatukan dua jenama ikonik yang dekat di hati penonton, iaitu Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia.
“Mengembalikan para juara Akademi Fantasia ke pentas ini bukan sekadar membangkitkan nostalgia, tetapi juga meraikan sebuah legasi yang telah mencorakkan industri hiburan tempatan dan melahirkan ramai artis yang terus relevan sehingga hari ini.”
Beliau turut menambah, “Apa yang menjadikan musim ini lebih istimewa adalah tahap persaingan yang luar biasa. Buat pertama kalinya, pentas Gegar Vaganza menghimpunkan para juara yang pernah mencipta sejarah dalam Akademi Fantasia.
“Gabungan pengalaman, kematangan dan kehebatan vokal mereka bakal menjadikan setiap konsert mingguan penuh dengan kejutan, emosi dan persembahan bertaraf tinggi yang pasti dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”
Menyemarakkan Sambutan Tiga Dekad Astro Dengan Dua Konsert Istimewa
Sebagai pelengkap sambutan tiga dekad Astro, Astro turut membawakan pengalaman hiburan yang lebih besar kepada para peminat menerusi dua konsert istimewa, iaitu Konsert Pesta Sooka Ria, pada 5 November, dan Konsert Pesta Vaganza, pada 6 November bertempat di Idea Live Arena, Damansara.
Kedua-dua konsert ini bakal menampilkan barisan artis ternama tanah air seperti Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Bunkface, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Insomniacks, Hussain, ALPHA, Oddah, Ammara, Ratu, dan ramai lagi selain penampilan khas kumpulan popular dari Indonesia, The Lantis dan Tenxi’s.
Tiket telah mula dijual pada 16 Oktober 2026 kepada orang ramai, bermula jam 12.00 tengah hari menerusi platform Ticketmelon. Untuk maklumat lanjut sila layari gempak.com.
Selain meraikan kejayaan masa lalu, GV13 turut mencerminkan komitmen berterusan Astro dalam memperkasakan industri kreatif tempatan menerusi penghasilan kandungan berkualiti tinggi yang mampu menyatukan pelbagai generasi penonton.
Langgan Pek Entertainment Astro X3 serendah RM39.99/sebulan (RRP: RM59.99/sebulan) dan strim serta-merta tanpa dekoder atau pemasangan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838 untuk melanggan hari ini.
PROGRAM GEGAR VAGANZA FANTASIA
Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.
KAPSUL GEGAR VAGANZA FANTASIA
Menampilkan persiapan, momen di balik tabir, sesi temu bual serta permainan bersama para peserta setiap minggu sebelum program utama bermula.
VAZZ VAGANZA FANTASIA
Dihoskan selama 30 minit sejurus selepas program utama untuk menampilkan wawancara dan soal