Sekilas
- Anzalna Nasir berkongsi prinsipnya memilih teman rapat tanpa mengira status atau pangkat seseorang.
- Baginya, sikap, hati, dan keikhlasan lebih penting dalam persahabatan berbanding gelaran atau kedudukan.
- Pelakon itu memberi amaran supaya kawan palsu tidak mendekatinya.
Pelakon Anzalna Nasir, tampil berkongsi prinsipnya dalam memilih teman rapat di mana dia sama sekali tidak pernah memandang status, pangkat mahupun kedudukan seseorang.
Bagi Anzalna, siapa pun individu itu, sama ada bergelar VIP atau orang biasa, semuanya tetap mempunyai nilai yang sama di matanya.
Menerusi perkongsian di Threads, Anzalna berkata, dia tidak pernah berkawan dengan seseorang hanya kerana melihat apa yang mampu ditawarkan individu berkenaan kepadanya.
“Saya tak pernah memilih kawan-kawan berdasarkan status, pangkat, atau apa saja yang mereka boleh tawarkan kepada saya.
“VIP atau tidak, semua orang sama saja bagi saya,” kongsi Anzalna.
Menurutnya, perkara paling penting dalam sesebuah persahabatan bukanlah gelaran atau kedudukan, sebaliknya sikap, hati dan keikhlasan yang ditunjukkan seseorang ketika menganggapnya sebagai seorang sahabat.
“Apa yang penting, sikap anda, hati anda, dan dan betapa ikhlasnya anda apabila anda menganggap saya kawan anda. Saya sentiasa menghargai keikhlasan daripada status,” ujarnya.
Namun dalam masa sama, pelakon itu turut memberikan amaran keras kepada mereka yang hanya berpura-pura dalam persahabatan.
“Kawan fake tu, jangan sekali-kali datang dekat saya. Pergi main jauh-jauh,” kata Anzalna.
Sumber - Threads