Skip to main content

Hiburan

Wajah Disalahguna Untuk Tujuan ‘Scam’, Anne Ngasri Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang - “Mereka Edit Video Untuk…”

Anne Ngasri

Sekilas

  • Datin Anne Ngasri dedahkan video dan identitinya disalahgunakan untuk penipuan pinjaman di media sosial.
  • Anne sudah siapkan draf laporan polis dan dapat nasihat peguam untuk tindakan lanjut terhadap penipuan tersebut.
  • Pelakon itu tegaskan dia tidak terlibat dengan mana-mana skim pinjaman dan mahu ambil tindakan tegas supaya orang lain tidak menjadi mangsa.
Advertisement

Pelakon dan usahawan terkenal, Datin Anne Ngasri mendedahkan bahawa video serta identitinya telah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan penipuan di media sosial.

Menurut Anne yang kini aktif dalam dunia politik, dia hanya menyedari perkara itu selepas mendapat kiriman mesej daripada rakan-rakannya yang berkongsi pautan video tersebut.

Advertisement

“Sahabat-sahabat media sosial yang kirimkan video itu kepada saya dan tontonan video itu agak tinggi. Jadi pada saya ini satu perkara yang perlu saya ambil berat kerana ia adalah satu penipuan.

“Saya terkejut sebab mereka edit video tersebut untuk minta pinjaman. Sampai beli tudung bawal pun dia boleh cakap boleh dapat pinjaman sekian-sekian,” katanya kepada Gempak.

Tifak berdiam diri, pemilik nama Naszriah Ngasri ini lantas memuat naik satu hantaran di media sosial menjelaskan perkara sebenar kepada pengikutnya.

Malah, pelakon yang terkenal menerusi drama Cili Padi ini memaklumkan bahawa dia telah pun menyiapkan satu draf laporan polis serta mendapatkan nasihat daripada peguamnya berhubung isu tersebut.

“Saya baru selesai draf laporan polis dan saya juga dapatkan nasihat daripada peguam  untuk tindakan seterusnya.

“Saya harap orang yang buat perkara macam ini janganlah begitu. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai orang mungkin perlukan pinjaman, tetapi jangan gunakan muka saya untuk buat perkara yang tidak betul.

“Platform saya adalah untuk berkongsi tentang diri saya, bukannya untuk digunakan bagi tujuan menipu. Dari sudut undang-undang pun ia memang salah,” ujarnya.

Meskipun kali pertama berlaku namun, Anne menegaskan bahawa tindakan tegas bakal diambil supaya dapat mengelakkan lebih ramai individu menjadi mangsa kepada penipuan ini.

“Sebelum ini memang banyak akaun palsu di TikTok dan Facebook yang gunakan nama saya tetapi saya hanya ada satu akaun sahaja.

“Apabila melibatkan penipuan, saya tak boleh biarkan. Saya perlu ambil tindakan supaya tak ramai orang jadi mangsa,” katanya lagi.

Terdahulu, Anne berkongsi bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan video serta identitinya bagi tujuan penipuan di media sosial.

Tegas Anne, dia sama sekali tidak pernah terlibat mahupun menjadi wakil kepada mana-mana skim pinjaman seperti mana yang diperkatakan individu tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement