Skip to main content

Hiburan

“Walau Masih Bersedih, Dia Tetap..." - Individu Kagum Lihat 'Semangat' Zizie Izette Santuni Tetamu Tahlil Arwah Suami

Zizie Izette

Sekilas

  • Genap tujuh hari pemergian Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu.
  • Seorang wanita berkongsi video tahlil ketujuh arwah yang diadakan oleh keluarga, menunjukkan Datin Seri Zizie Izette menyediakan menu kegemaran arwah walaupun dalam kesedihan.
  • Bung Moktar meninggalkan isteri dan lima anak, serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pada hari yang sama.

Pada Jumaat, genaplah tujuh hari pemergian Pengerusi Barisan Nasional Sabah iaitu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai @farajl_ berkongsi momen dirinya sewaktu menghadiri majlis tahlil yang diadakan ahli keluarga arwah.

Menerusi perkongsian dibuat, wanita itu memuat naik video dirinya yang memeluk balu kepada arwah Bung iaitu Datin Seri Zizie Izette yang dilihat mengenakan busan serba hitam.

“Tahlil ketujuh buat Datuk Seri Bung Moktar Radin. Walaupun masih bersedih, Datin Seri tetap masak dan menyediakan semua menu kegemaran arwah untuk tahlil,” kongsinya.

Dalam pada itu, Fara berharap agar Zizie terus kuat dengan ujian yang menimpa dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Rindu pada yang telah tiada sangat menyakitkan.

“Ya Allah, berilah kekuatan buat kakakku (Zizie) dan anak-anaknya dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujarnya.

Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi pada 5 Disember lalu ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu, pada 2.25 petang pada hari yang sama.

Untuk rekod, Allahyarham Bung Moktar dan Zizie yang berkahwin pada 2009 dikurniakan tiga cahaya mata serta memiliki dua anak angkat.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement