Sekilas
- Shila Amzah berkongsi momen manis apabila suaminya, Ubai MZ, membuat kejutan melamarnya sebagai pengalaman pertama yang sangat bermakna.
- Mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan keempat dan mengimbau cabaran awal hubungan yang menerima pandangan negatif dari orang sekeliling.
- Shila mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan yang diterima, serta menyifatkan Ubai sebagai suami dan bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Penyanyi, Shila Amzah mengimbau kembali momen suaminya, Ubai MZ membuat kejutan istimewa untuk melamarnya.
Menurut Shila, Ubai berbuat demikian kerana memahami terdapat banyak perkara yang tidak pernah dilalui sepanjang zaman kanak-kanak, remaja mahupun dewasanya.
"He knew that I have never been proposed to. Dia serba-serbi tahu yang ada banyak benda Sha tak pernah alami dan rasai di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa Sha.
"For the very first time, he made it all possible. He gave me freedom, freedom to be comfortable in my own skin, the freedom to express my feelings and needs, the freedom to have my Pink again.
"Sha tak pernah expect pun untuk dilamar, walaupun bukan dron. Tapi Sha sangat happy," tulisnya.
Dalam perkongsian sama, Shila turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan mereka bakal memasuki tahun keempat pada tahun hadapan.
Ujar Shila, dia dan Ubai masih mengingati detik awal perkenalan apabila hubungan mereka pernah menerima pelbagai pandangan negatif daripada orang sekeliling.
"I can't believe that next year would be our 4th year. We got married when he was 25 years old, lapan tahun beza usia. Sha dan Ubai masih ingat di awal perhubungan kami, ramai orang cakap benda yang negatif pasal kita.
"Tapi Ubai dan Sha tak nak ambil pusing pasal itu sebab cuma kami berdua tahu kenapa kami rasa dekat dan ingin disatukan," katanya.
Mengakhiri perkongsian, Shila turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.
"Alhamdulillah tabarakallah. Terima kasih atas doa-doa yang baik daripada kalian.
"Sha merasa dapat suami, Seth dan Rhea dapat papa," tulisnya.
Sekadar info, Shila Amzah selamat bernikah dengan pempengaruh media sosial Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli (Ubai) pada 4 Ogos 2023 di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.