Skip to main content

Hiburan

Walaupun Dah Ada ‘Crowd’ Luar Negara, Amsyar Lee Tetap Rendah Diri Tak Mahu Terburu-Buru Kejar Lagu Raya – “Saya Masih Lagi Mencari Ilmu”

Astro Gempak 239

Sekilas

  • Penyanyi Amsyar Lee mengakui belum berani menghasilkan lagu raya kerana masih dalam proses menimba ilmu dalam industri muzik.
  • Amsyar menerima teguran daripada Eric Fuzi Floor 88 yang menasihatkan artis baru fokus kukuhkan identiti karya sebelum buat lagu raya.
  • Walaupun sudah ada peminat luar negara, Amsyar tetap utamakan hubungan dengan peminat di Malaysia dan terbuka menerima kritikan membina.
Advertisement

Penyanyi Amsyar Lee mengakui dia masih belum berani menghasilkan lagu raya kerana merasakan dirinya belum cukup ilmu dalam industri muzik.

Pengakuan tersebut dibuat selepas anggota Floor 88, Eric Fuzi berkongsi pandangan mengenai keutamaan artis baharu untuk memperkukuh identiti karya sendiri sebelum melabur menghasilkan lagu raya.

Advertisement

Menurut Amsyar, dia mengambil teguran tersebut secara positif dan mengakui masih dalam proses pembelajaran.

vdfdfgdf

“Betul bang, saya pun masih lagi mencari ilmu. Saya tak berani nak buat lagu raya lagi sebab betul-betul rasa belum cukup ilmu.

“Walaupun saya dah dapat banyak crowd dari luar berbanding Malaysia, saya masih memilih untuk jaga hubungan dengan peminat-peminat saya dalam Malaysia,” katanya.

Advertisement

Tambah Amsyar, dia memahami ada pihak berpendapat lagu raya mampu memeriahkan lagi industri, namun baginya teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka.

“Saya faham ada orang fikir itu cara untuk memeriahkan lagi industri, tapi bagi saya seseorang perlu tegur dengan cara yang betul.

“Terima kasih bang, orang macam abanglah sesuai untuk tegur kami yang masih baru dan nak belajar hidup dalam industri muzik,” ujarnya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

Must Watch Video

Advertisement