Skip to main content

Hiburan

“Walaupun Kecil Tapi…” - Ammar Ahyan

Ammar Ahyan

Sekilas

  • Ammar Ahyan bercita-cita menjadi pembekal beras kepada hotel, katering kecil, dan gerai makanan dengan fokus pada harga yang kompetitif.
  • Dia percaya perniagaan beras mampu menjana pendapatan stabil kerana beras adalah keperluan asas yang dibeli secara berterusan.
  • Adik Ammar, Qadejah El Zahra, berminat dalam bidang perniagaan walaupun mempunyai cita-cita lain seperti pakar bedah dan pembaca berita.

Mengikuti jejak bapanya Datuk Seri Aliff Syukri yang merupakan usahawan terkenal, Ammar Ahyan memaklumkan dia bercita-cita untuk menjadi seorang peniaga dengan membekalkan beras kepada syarikat hotel serta syarikar katering berskala kecil.

Ujar Ammar, meskipun berskala kecil namun perniagaan itu mampu menjana pendapatan konsisten kerana beras merupakan keperluan asas yang akan dibeli secara berterusan.

“Saya nak jadi ‘supplier’ beras. Saya nak ‘supply’ berasa kepada hotel dan ‘caterer’ yang kecil. Selain itu seperti gerai di ‘food court’.

“Sebab beras ini bila kita jual mereka bukan beli sekali tapi mereka akan beli berbulan-bulan. Walaupun kecil tapi pendapatan dia stabil.

“Yang kedua ialah nak menjual beras bukan pasal brand atau marketing tapi pasal harga. Orang akan tengok harga beras. Kalau boleh savekan kos perniagaan, pasti mereka akan beli,” kongsinya.

Ammar berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast AididitMyWay yang dikendalikan pengacara terkenal, Aidid Marcello.

Sementara itu, adik kepada Ammar Ahyan iaitu Qadejah El Zahra memaklumkan bahawa dia mempunyai banyak cita-cita seperti pakar bedah serta pembaca berita.

Walau bagaimanapun, dia merasakan dirinya lebih cenderung untuk mengikut jejak langkah keluarga dalam bidang perniagaan.

“Cita-cita saya sebelum ini banyak antaranya nak jadi pakar bedah dan pembaca berita.

“Tapi saya rasakan yang saya akan buat bisnes juga sebab itu ada dalam darah dan itu adalaj personaliti saya,” kongsinya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement