Skip to main content

Hiburan

Wan Hanafi Su Mahu Penonton Fahami Mesej 'BAGA: Esok Untuk Siapa', Bukan Sekadar Anggap Kisah Biasa

Wan Hanafi Su Mahu Penonton Fahami Mesej 'BAGA: Esok Untuk Siapa', Bukan Sekadar Anggap Kisah Biasa

Sekilas

  • Pelakon Wan Hanafi Su berharap penonton tidak memandang remeh mesej dalam filem BAGA: Esok Untuk Siapa yang mengangkat kisah biasa dalam konteks masyarakat miskin.
  • Filem ini mengisahkan dua jiwa muda yang berdepan dengan cinta, impian dan realiti hidup dalam latar masyarakat kampung konservatif yang turut menonjolkan isu kemiskinan dan tradisi.
  • BAGA: Esok Untuk Siapa akan mula ditayangkan di pawagam pada 5 November dan menampilkan pelakon seperti Amir Ahnaf, Amirah Razak dan Wan Hanafi Su.
Advertisement

Pelakon, Wan Hanafi Su berharap penonton tidak memandang ringan mesej yang cuba disampaikan menerusi filem BAGA: Esok Untuk Siapa.

Menurut Wan Hanafi, meskipun kisah yang diketengahkan dalam filem berkenaan mungkin kelihatan biasa kerana dekat dengan kehidupan seharian, perkara yang menjadikannya berbeza adalah apabila konflik tersebut berlaku dalam kalangan masyarakat miskin.

Advertisement

"Saya di lapangan terbang dua hari lepas sebelum datang ke sini, terserempak dengan seorang Datuk. Ketika di Kelantan, dia bertanya saya hendak pergi ke mana dan saya beritahu mahu menghadiri malam gala BAGA.

"Dia tanya saya cerita ini mengenai apa. Saya hanya jawab cerita ini biasa sahaja kerana perkara seperti ini berlaku kepada semua orang. Tetapi, apa yang menjadikannya menarik adalah apabila ia berlaku kepada masyarakat miskin.

"Dia pun terkejut. Jadi, bagi saya kalau dia nampak sesuatu yang berbeza menerusi cerita ini, saya bersyukur.

Advertisement

"Tetapi, jika filem ini masuk ke pawagam nanti dan penonton Malaysia mengatakan ia biasa sahaja, Masya-Allah, astaghfirullahalazim... apa nak jadi dengan moral kita?" katanya.

Dalam pada itu, BAGA: Esok Untuk Siapa merupakan naskhah terbitan Indigo Films dan Skop Productions yang membariskan pelakon seperti Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su serta beberapa pelakon lain.

Filem ini mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan realiti kehidupan yang semakin menghimpit.

Berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, naskhah berkenaan turut mengangkat isu kemiskinan, tradisi serta pilihan hidup yang mampu meninggalkan kesan besar terhadap masa depan seseorang.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan BAGA: Esok Untuk Siapa yang mula menemui penonton di pawagam pada 5 November.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement