Skip to main content

Hiburan

Wanie Kayrie Dah Kumpul Duit, Siap Siap Untuk….

Wanie Kayrie

Penyanyi, Wanie Kayrie akui masih terlalu awal buat dirinya untuk memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

Menurut Wanie, fokus utamanya kini adalah untuk membina nama dalam industri dan membanggakan keluarga yang selama ini telah banyak berkorban untuknya.

“Kumpul duit tu of course kita kena kumpul duitlah untuk ke fasa seterusnya tetapi macam saya fikir sekarang lebih kepada untuk kerjaya saya terlebih dahulu dan semestinya untuk membanggakan keluarga yang dah banyak keluar duit untuk saya,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, pelantun lagu biarkan tidak menolak dia sudah mempunyai tabungan untuk membina masjidnya kelak.

Jelas Wanie, meskipun tidak penting persedian itu tetap harus dilakukan.

“Saya muda lagilah, saya rasa macam nak kahwin tu semua orang nak tapi mungkin bukan dalam masa terdekat. Kalau nak cakap pasal kumpul duit kahwin mestilah ada, kalau tiba-tiba kena kahwin takde duit macam mana jadi kena kumpul dari sekarang,” tambahnya.
 

Terdahulu, rakan artis yang juga pelakon dan penyanyi, Afieq Shazwan menyatakan dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Afieq, segala persiapan telah dibuat dan sekiranya jodoh hadir, dia mahu menyegerakan perkahwinan tanpa berlengah.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement