Skip to main content

Hollywood

Wanita Ditahan Tembak Rumah Rihanna Berulang Kali

Astro Gempak riri tembak

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 30 tahun ditahan selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah kediaman Rihanna di Beverly Hills pada hujung minggu.
  • Salah satu tembakan menembusi dinding rumah penyanyi itu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Suspek ditahan tanpa insiden dan senjata yang digunakan turut ditemui, manakala Rihanna dan keluarganya berada di dalam rumah semasa kejadian.
Advertisement

Seorang wanita ditahan pihak berkuasa tempatan kerana melepaskan beberapa das tembakan ke arah kediaman penyanyi terkenal, Rihanna di Beverly Hills, California pada hujung minggu.

Salah satu tembakan yang dilepaskan daripada dalam kereta menembusi dinding kediaman pada waktu kejadian berlaku, lapor People.

Advertisement

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan  Los Angeles Police Department (LAPD), beberapa das tembakan telah dilepaskan di kediaman penyanyi itu sekitar pukul 1.15 tengahari waktu tempatan.

Dipercayai, wanita berusia 30 tahun yang identiti dirahsiakan itu melepaskan sekurangnya 10 das tembakan ke arah daripada dalam kereta jenis Tesla.

Suspek berjaya ditahan polis tanpa sebarang insiden dan senjata yang digunakan juga ditemui.

Kenyataan sama memaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Sumber menyatakan Rihanna berada di dalam rumah namun tidak pasti sama ada terdapat orang lain sewaktu insiden berlaku. Kediaman itu dihuni Rihanna bersama pasangannya, A$AP Rocky dan tiga anak mereka, RZA, Riot serta Rocki.

Pihak Rihanna bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan rasmi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement