Skip to main content

Hiburan

Wanita Ini Terharu Tengok Cara Cik B Santuni Anaknya - “Mengalir Air Mata Seorang Ibu Bila Anak Dihargai...”

vcvcx

Sekilas

  • Video Cik B beramah mesra dengan seorang peminat cilik yang hadir setiap hari ke acara yang dikendalikan olehnya menjadi tular di TikTok.
  • Cik B meluahkan rasa terharu kerana dapat membahagiakan kanak-kanak itu tanpa disedari.
  • Ibu kanak-kanak tersebut turut berkongsi rasa sebak dan terharu melihat layanan ikhlas Cik B terhadap anaknya.

Sepotong video memaparkan usahawan dan personaliti media sosial, Cik B beramah mesra bersama seorang peminat cilik berjaya meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B dilihat meluangkan masa berbual dan memeluk kanak-kanak berkenaan yang difahamkan hadir setiap hari ke acara yang dikendalikan olehnya.

Dalam video tersebut, Cik B turut meluahkan rasa terharu kerana dapat membahagiakan seseorang tanpa disedari.

“Cik B terharu dapat bahagiakan seseorang tanpa saya sedar,” tulisnya menerusi video tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, ibu kepada kanak-kanak tersebut turut tampil meluahkan rasa sebak dan terharu apabila melihat layanan ikhlas yang diberikan Cik B terhadap anaknya.

“Terima kasih Cik B melayan, menyantuni anak saya dengan setulus hati tu. Sebenarnya yang buat saya sebak dan terharu, bila anak tanya Cik B hari jadi bulan lima nak hadiah apa.

“Dan Cik B cuma minta biskut anak saya kena buat sendiri. Dia juga cakap dia akan rindu anak saya. Mengalir air mata seorang ibu bila anak dihargai,” tulisnya.

Must-Watch Video

Advertisement