Sekilas
- Adira Salahudi dikongsi sebagai pempengaruh media sosial yang pemurah apabila memberi saguhati RM250 kepada individu yang membantunya membeli kaca mata hitam berharga RM88.
- Individu tersebut menerima bayaran lebih daripada harga barang sebagai tanda penghargaan daripada Adira yang juga mengatur penghantaran melalui Lalamove.
- Netizen memuji sikap pemurah Adira dan suaminya, Ammar, serta menghargai usaha mereka dalam menghormati dan menghargai bantuan orang lain.
Seorang individu menyorot perhatian apabila berkongsi mengenai sikap pempengaruh media sosial, Adira Salahudi yang disifatkannya sebagai pemurah.
Menerusi Threads, individu tersebut memaklumkan bahawa Adira meminta bantuannya untuk membeli kaca mata hitam di sebuah butik pakaian menerusi hantaran mesej di media sosial.
“Kalau masih ada (kaca mata), boleh tolong belikan sekali untuk saya? Nanti saya akan arrange Lalamove untuk pickup.
“Kos barang, delivery semua saya bayar, siap tambah sikit saguhati untuk awak sebab tolong saya,” permintaan Adira.
Apa yang mencuri perhatian ialah, Adira kemudiannya memberi wang sebanyak RM250 kepada individu berkenaan sebagai saguhati kerana membantunya membeli kaca mata hitam tersebut.
Luah individu itu lagi, dia sangat tidak menyangka Adira akan memberikannya wang sebanyak itu memandangkan harga bagi dua kaca mata yang dibeli hanya berjumlah RM88.
“Saya cuma tolong dia sahaja. Sekali dia punya saguhati tu banyak gila!
“Harga dua kaca mata tu RM88 je tapi dia bank in tengok la berapa. Rezeki, terima kasih dah la dia cantik,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dengan sikap pemurah Adira serta memujinya kerana mengotakan janji.
“Dah lah kaya, cantik… Baik pula tu.
“Dia tahu susahnya cari duit, jadi dia sangat hargai.
“Isteri cerminan suami, suami dia Ammar tu pun baik. Dulu diorang pergi mekah, i ada dm Ammar untuk kirim doa. Cuba nasib je tak sangka pulak notice. Effort dia, tulisan tangan kat sekeping kertas doa tu berserta gambar kaabah kat belakang,” komen netizen.
Sumber: Threads