Sekilas
- Pelakon Nora Danish berkongsi mesej peribadi dari seorang wargamaya yang ingin menjodohkan Nora dengan suaminya yang beriman dan baik.
- Individu tersebut menawarkan Nora untuk berkenalan sebagai jodoh kedua suaminya dan menyifatkan dirinya sebagai isteri yang baik.
- Nora memberi reaksi penuh rasa simpati dan mendoakan agar suami individu itu setia serta menjaga isterinya dengan penuh cinta.
Pelakon Nora Danish berkongsi paparan mesej peribadi di Instagram yang memperlihatkan seorang wargamaya yang ingin menjodohkan aktres itu dengan suaminya.
Menerusi mesej yang dihantar, individu berkenaan berkata dia amat berbesar hati jika Nora sudi untuk berkenalan dengan suaminya yang disifatkan seorang beriman dan sangat baik.
“Assalamualaikum kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik. Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya.
“Jika kak Nora sudi ta'aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati. If you accept, they will also,” tulis individu tersebut.
Tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi terhadap lamaran tersebut, Nora bagaimanapun menyifatkan individu berkenaan seorang isteri yang baik.
“Tak tahu nak rasa apa. Kalaulah ini benar, sayunya la hati. Ada juga isteri sebaik ini. Jangan buat saya menangis malam-malam hujan ini,” tulis Nora.
Dalam pada itu, Nora menerusi hantaran di Threads juga menitipkan doa buat individu tersebut dan berharap suaminya itu setia serta menjaganya dengan penuh cinta.
“Isteri syurga 🤍 🥹 Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaganya dengan penuh cinta hingga akhir hayat,” tulisnya.
Sumber - Threads