Skip to main content

Kpop

Wanita Rugi Ratusan Ribu, 8 Bulan ‘Bercinta’ dengan Lee Dong Wook

Wanita Rugi Ratusan Ribu, 8 Bulan ‘Bercinta’ dengan Lee Dong Wook

Sekilas

  • Seorang wanita berusia lewat 30-an kerugian lebih RM100,000 selepas ditipu individu menyamar sebagai aktor Korea Selatan, Lee Dong Wook, dalam hubungan selama lapan bulan.
  • Penipu menggunakan taktik cinta termasuk bercakap tentang perkahwinan dan keluarga, sebelum meminta wang untuk melepaskan bungkusan hadiah yang kononnya tersangkut di kastam.
  • Agensi Lee Dong Wook, King Kong by Starship, menegaskan artis mereka tidak akan meminta wang atau maklumat peribadi melalui media sosial dan mengingatkan peminat supaya berhati-hati dengan penipuan sebegini.
Advertisement

Siapa sangka, niat seorang wanita mahu mencari cinta berakhir dengan kerugian ratusan ribu ringgit selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai aktor popular Korea Selatan, Lee Dong Wook.

Wanita berusia lewat 30-an itu dikatakan telah berbalas mesej dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai bintang A Shop for Killers berkenaan selama kira-kira lapan bulan.

Advertisement

Bukan sekadar ‘cinta biasa’, mangsa mendakwa Dong Wook turut bercakap mengenai perkahwinan, keluarga dan rancangan untuk bertemu ibu bapa wanita berkenaan.

Namun, selepas lapan bulan mempercayai hubungan tersebut, barulah dia menyedari lelaki di sebalik akaun berkenaan sebenarnya bukan Lee Dong Wook.

Bagaimanapun, mangsa mengaku telah memindahkan kira-kira 35 juta won (sekitar RM100,000 lebih) kepada individu terbabit kerana ‘cinta.’

Perkongsian tersebut dibuat menerusi program News Hunters terbitan SBS. Menurutnya, semuanya bermula dengan mesej di media sosial yang pada awalnya kelihatan seperti interaksi biasa.

Namun, hubungan tersebut semakin rapat apabila individu yang menyamar sebagai Lee Dong Wook mula berkongsi perkara lebih peribadi.

“Saya boleh katakan dia pernah meluahkan perasaan cinta kepada saya. Kami juga pernah berbincang mengenai kunjungan ke rumah ibu bapa saya dan mengatur pertemuan antara keluarga,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Dia juga mengaku memanggilnya ‘oppa’ iaitu panggilan mesra dalam bahasa Korea untuk lelaki yang lebih berusia, manakala dia memanggil saya ‘sayang’.

“Dia memberitahu bahawa dia telah memilih saya sebagai isterinya,” ujarnya lagi.

Meski sudah saling meluah rasa cinta, katanya, ada satu perkara yang agak pelik dalam hubungan tersebut.

Sepanjang lapan bulan berhubung, mereka sebenarnya tidak pernah berjumpa secara bersemuka dan tidak pernah bercakap melalui telefon.

Situasi mula berubah apabila individu tersebut mendakwa dia berada di luar negara atas urusan penggambaran.

Dia kemudian memberitahu wanita berkenaan  dirinya telah menghantar sebuah bungkusan mengandungi hadiah bernilai 700 juta won (sekitar RM1.7 juta). Namun, kononnya bungkusan tersebut tersangkut di kastam.

Lelaki itu kemudian meminta wanita terbabit menghantar sejumlah wang bagi membayar dokumen serta caj penyimpanan supaya bungkusan berkenaan boleh dilepaskan.

Percaya dengan alasan tersebut, wanita itu membuat beberapa transaksi, malangnya, dia tidak berjaya mendapatkan semula wang tersebut. Ekoran insiden tersebut baru wanita itu tersedar dirinya telah termasuk dalam perangkap ‘love scam’.

Susulan kejadian tersebut, agensi Lee Dong Wook, King Kong by Starship, tampil memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai artis mereka.

Pihak agensi berkata mereka baru-baru ini menerima laporan mengenai individu yang menggunakan identiti artis di bawah naungan mereka menerusi aplikasi pesanan peribadi dan media sosial.

Agensi menegaskan bahawa artis mereka tidak akan meminta wang, barangan berharga atau maklumat peribadi daripada peminat melalui mesej peribadi atau media sosial.

Malah, peminat turut diingatkan supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa memerlukan bayaran untuk mengatur pertemuan VIP atau akses peribadi bersama artis.

“Artis di bawah King Kong by Starship tidak akan meminta barangan berharga, wang atau maklumat peribadi melalui pesanan peribadi atau media sosial.

“Tiada situasi di mana mereka akan menghubungi peminat secara peribadi untuk meminta wang atas alasan menganjurkan pertemuan VIP.

“Sebarang acara bertemu peminat bersama artis kami hanya akan diumumkan menerusi saluran rasmi King Kong by Starship,” jelas kenyataan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

ELGINI E16427 Baju Lengan Panjang Wanita Gaya Athleisure S-XXL | Women's Athleisure Long Sleeve Shirt

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Must Watch Video

Advertisement