Skip to main content

Hiburan

Watak ‘Jamali’ Dipuji, Netizen Anggap Azhan Rani Layak Terima Anugerah - “Ini Bukan Kerja Saya Seorang…”

Azhan Rani

Sekilas

  • Azhan Rani bersyukur wataknya sebagai Jamali dalam drama ‘Bulan Henti Bicara’ mendapat pujian penonton.
  • Azhan menganggap kejayaan wataknya hasil kerjasama dengan pengarah, pelakon lain, dan pasukan teknikal drama tersebut.
  • Dia menerima tawaran drama ini kerana jalan cerita yang unik, terutama isu kelakian yang jarang diketengahkan dalam drama tempatan.
Advertisement

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur apabila wataknya sebagai Jamali dalam drama ‘Bulan Henti Bicara’ mendapat pujian penonton. 

 

Advertisement

Bagaimanapun, Azhan menganggap watak tersebut berjaya disebabkan hasil kerja bersama dengan seluruh pasukan drama berkenaan. 

 

“Segala puji, saya serahkan kembali pada Allah sebenarnya, ciptaan yang baik. Apa-apa pun saya bersyukur la. 

Advertisement

 

“Sebab semua tu Allah yang izinkan, saya tak boleh kata apa. Dan ini bukan kerja saya seorang. Jamali takkan jadi bagus tanpa karya yang bagus.

 

“Jamali takkan jadi bagus tanpa pengarah dan rakan pelakon yang bagus, serta team teknikal kami yang kat belakang tu semua. 

 

Dalam pada itu, Azhan mengakui dia menerima untuk membintangi drama arahan pengarah Eyra Rahman tersebut disebabkan jalan cerita yang berbeza. 

 

“Kita dah banyak dah cerita yang seangkatan. Sebenarnya saya pun agak skeptikal mula-mula dapat skrip ni. Ni macam cerita biasa pada saya. 

 

“Cerita fasal lelaki kahwin dua dan sebagainya, tetapi isu kelakian tu agak luar biasa yang jarang ada. Memang membuatkan saya mula tertarik cerita ni. 

 

“Mungkin kita patut ketengahkan cerita ni sebab mungkin ada orang yang mengalami keadaan-keadaan macam ni, kan? Ha, jadi saya, saya terima la masa tu,” ujarnya. 

 

Sebelum ini, wargamaya di Threads memuji lakonan Azhan sebagai Jamali dan menganggap pelakon itu layak menerima anugerah pelakon terbaik. 

Anda mungkin berminat dengan

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Must Watch Video

Advertisement