Skip to main content

Hiburan

“Watak Marini Berat, Kisah Lama Datang Menghantui” – Diana Danielle

“Watak Marini Berat, Kisah Lama Datang Menghantui” – Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle mengakui watak Marini dalam filem TERBANG cukup berat kerana karakter itu menghadapi trauma masa lalu yang menghantui hidupnya.
  • Marini adalah ibu tunggal yang cuba melupakan tragedi lama yang ada kaitan dengan dunia perlumbaan, dan lakonan Diana dipermudahkan dengan arahan pengarah Chiu Keng Guan.
  • Diana berkongsi banyak babak dengan pelakon cilik Mikael yang dianggapnya seperti anak sendiri, dan filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 17 September.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle mengakui watak Marini yang dibawanya menerusi filem TERBANG cukup berat apabila karakter tersebut berdepan trauma masa lalu yang kembali menghantui kehidupannya.

Menurut Diana, Marini merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya sendirian dan cuba melupakan sebuah tragedi yang pernah berlaku dalam hidup.

“Saya memainkan watak Marini, seorang ibu tunggal yang menjaga anak dia. Dalam kisah ini, dia ada satu tragedi.

“Dia cuba nak tutup buku dan tak mahu fikir lagi kisah lama, tetapi perkara itu datang kembali menghantui dia. Ada kaitan juga dengan dunia perlumbaan,” katanya.

Biarpun tidak terlibat dalam banyak hari penggambaran, Diana berkata karakter tersebut tetap menuntut emosi yang berat namun proses lakonan menjadi lebih mudah di bawah arahan pengarah Chiu Keng Guan.

“Watak dia berat tetapi kalau pengarah senang nak bekerja, kita tak rasa benda itu terlalu berat.

“Chiu sangat hebat dan ceritanya pun sangat menarik. Skrip dia juga sangat bagus, jadi saya tak sabar orang tengok,” ujarnya.

Dalam filem tersebut, Diana banyak berkongsi babak bersama pelakon cilik Mikael yang disifatkannya sudah seperti anak sendiri selepas beberapa kali bekerjasama sebelum ini.

“Saya banyak dengan ‘anak’ saya, Mikael. Kami dah beberapa kali bekerja bersama dan saya sangat sayangkan dia, dia macam anak sendiri.

“Saya suka komitmen dan cara dia bekerja. Dia sangat berbakat,” katanya.

TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh dan bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must Watch Video

Advertisement