Skip to main content

Selebriti

Watie Sebak, Menitis Air Mata Dengar Ucapan Graduasi Talita - “Walaupun Orang Anggap Ibu Tiri, Tapi Saya Sentiasa Lihat Mummy Sebagai My Real Mother…”

Watie sebak ucapan Talita

Sekilas

  • Talita menyampaikan ucapan semasa majlis graduasinya, mengucapkan terima kasih kepada keluarga termasuk arwah ibunya dan Watie Hanifiah.
  • Dalam ucapannya, Talita menegaskan bahawa Watie bukan sekadar ibu tiri, tetapi dianggap sebagai ibu sebenar baginya. 
     

Isteri pelawak Shuib, Watie Hanifiah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak tirinya, Talita semasa majlis graduasi di sekolahnya baru-baru ini.

Momen penuh emosinitu tercetus apabila Talita atau nama sebenarnya Dzakira Talita Zahra, menyampaikan ucapan penghargaan di hadapan para tetamu yang hadir.

Dalam ucapan tersebut, Talita menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang sepanjang perjalanan pendidikannya.

Lebih menyentuh hati apabila Talita turut menyebut tentang arwah ibu kesayangannya, Siti Sarah Raissuddin dan juga Watie.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya terutamanya bapa saya, ibu saya dan mummy saya.

“Ibu… walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi untuk sekolah rendah… tetapi aaya sentiasa sayang ibu.

“Untuk mummy Watie saya, walaupun orang selalu melihat mummy sebagai ibu tiri saya, tetapi saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu sebenar saya,” ucapnya menerusi video pendek yang dikongsi Watie di Intagram.

Menerusi coretan di hantaran video itu, Watie mengakui dirinya tidak mampu menahan air mata dan terharunya dengan tindakan anak tirinya itu.

“Tahniah untuk majlis hari jadi awakC Dzakira Talita Zahra. Sangat bangga dengan awak! Hujung hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan awak.

“Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama Mummy di bibir dan hati awak. Semoga awak sentiasa menjadi kebanggaan family dalam apa jua yang awak perjuangkan,” tulisnya.

Ternyata, perkongsian momen tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji hubungan rapat antara Watie dan anak-anak Shuib.

 

Must-Watch Video

Advertisement