Bintang Hollywood terkemuka, Will Smith, membuka tirai 2026 dengan berita buruk.
Smith dilaporkan berdepan saman daripada seorang pemain biola prosefional, Brian King Joseph atas dakwaan melakukan amang seksual, balas dendam dan memberhentikan tugas secara tidak sah.
Joseph memfailkan saman tersebut di Los Angeles Superior Court pada 30 Disember 2025 terhadap Smith dan syarikatnya, Treyball Studios Management, Inc., lapor People.
Menerusi dokumen, Smith, 57, didakwa telah membina emosi dan mendapatkan kepercayaannya selepas terlibat dalam siri jelajah True Story pada November 2024.
Joseph yang merupakan peserta America’s Got Talent 2018 menyifatkan pengalaman yang dilalui sebagai meninggalkan kesan dan trauma sewaktu kejadian berlaku pada Mac 2025.
Dia mendakwa seseorang telah masuk ke bilik hotel yang dilihat bersifat mengancam ke arah perlakuan seks. Joseph juga mengatakan dia menemui tisu basah, sebotol arak dan ubat HIV dengan meninggalkan nota berbunyi: “Joseph, saya akan kembali. Hanya kita berdua.”
Namun pihak hotel mendakwa tiada kesan ceroboh yang berlaku sebaliknya individu yang didakwa sebagai Smith masuk dengan ‘mudah’.
Setelah membuat aduan, dia mendakwa tidak dipercayai oleh semua pihak termasuk tim Smith sebelum ditamatkan kontrak. Lantaran itu dia mendakwa mengalami gangguan emosi, kehilangan punca pendapatan dan reputasi tercalar.