Skip to main content

Eksklusif

WONDA Spill The Beans: Bila Secawan Kopi Jadi Pintu Masuk ke Dunia Misteri

WONDA Spill The Beans

Sekilas

  • KOPI WONDA kini rasmi sertai Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) melalui kempen interaktif WONDA Spill The Beans yang mengajak peminat bongkar teori dan selami misteri ASCU.
  • Watak Wan Daud bukan sekadar pelakon, tapi pembawa petunjuk penting yang menggalakkan peminat berkongsi spekulasi dan berteori setiap minggu di Instagram @wandaudrasmi.
  • Peminat berpeluang menang hadiah eksklusif termasuk Pek Kopi WONDA dan pengalaman lawatan ke set penggambaran serta Gala Night filem Kudrat 1968 dengan menyertai peraduan mingguan kempen ini.
Advertisement

Kalau dah berkumpul sambil minum kopi, memang susah nak elak daripada bersembang, buat teori, dan Spill The Beans. Tapi kali ini lain macam sikit.

Buat pertama kalinya, KOPI WONDA rasmi memasuki dunia Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) menerusi kempen WONDA Spill The Beans.

Advertisement

Bukan sekadar kolaborasi biasa, tetapi satu pengalaman interaktif yang mengajak peminat sama-sama bongkar teori, cari petunjuk dan menyelami lebih dalam dunia misteri ASCU.

Kalau korang memang tak sabar nak tahu apa yang bakal berlaku seterusnya dalam ASCU, kempen ini memang wajib masuk dalam radar korang.

 

Wan Daud Bukan Sekadar Watak, Tapi Kunci Kepada Misteri

Kalau korang mengikuti perkembangan ASCU, nama Wan Daud pastinya bukan lagi asing.

Namun kali ini, Wan Daud bukan sekadar muncul sebagai satu watak. 

Dia hadir membawa petunjuk demi petunjuk yang bakal membuka ruang kepada peminat untuk berteori, berkongsi spekulasi dan perlahan-lahan merungkai misteri yang selama ini menjadi tanda tanya.

Setiap perkongsian daripada Wan Daud bukan sekadar klu biasa. Di sebalik setiap petunjuk, pasti ada sesuatu yang lebih besar menanti untuk dibongkarkan.

Bak kata orang, teori yang paling menarik selalunya bermula dengan secawan kopi dan satu persoalan yang membuatkan semua orang mula berbincang.

 

Jawab Betul, Menang Hadiah Eksklusif!

Bukan setakat berteori, korang juga berpeluang membawa pulang hadiah menarik.

Setiap minggu, Wan Daud akan mengajukan satu soalan berdasarkan petunjuk yang dikongsikan di akaun Instagram @wandaudrasmi.

Misi korang mudah saja iaitu jawab dengan tepat sebelum tempoh penyertaan tamat.

Peraduan minggu keempat kini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 24 Julai, jam 12 tengah hari. Jadi, jangan tunggu saat akhir untuk hantar jawapan. Pemenang akan diumumkan pada hari yang sama.

Kalau jawapan korang berjaya menarik perhatian Wan Daud, tiga pemenang akan dipilih setiap minggu untuk memenangi Pek Kopi WONDA Spill The Beans berserta hadiah eksklusif.

Selain hadiah mingguan, peserta juga berpeluang memenangi pengalaman eksklusif yang pastinya menjadi impian setiap peminat ASCU, termasuk lawatan ke set penggambaran Astro Shaw serta peluang menghadiri Gala Night bersama barisan pelakon filem Kudrat 1968.

Memang bukan semua orang boleh dapat pengalaman macam ni!


Jangan Sampai Terlepas Petunjuk!

Setiap petunjuk yang dikongsikan mungkin membawa korang selangkah lebih dekat kepada misteri besar dalam dunia ASCU.

Jadi, pastikan korang sentiasa mengikuti perkembangan terbaharu daripada @wandaudrasmi supaya tidak terlepas sebarang klu atau soalan mingguan.

Ikuti setiap petunjuk yang dikongsikan, jawab setiap soalan dan sertai kempen WONDA Spill The Beans sekarang menerusi platform media sosial Astro Shaw dan Wan Daud Rasmi.

WONDA Spill The Beans, dibawakan khas oleh WONDA bersama Astro Shaw.


 


 

Anda mungkin berminat dengan

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement