Skip to main content

Hiburan

Yonnyboii Dedah Fasa Paling Mencabar Sebagai Bapa

Astrogempak YONNYBOII

Sekilas

  • Yonnyboii akui berat badannya menurun akibat kesibukan kerja dan komitmen sebagai suami serta bapa, namun dia sedang berusaha untuk kembali cergas dan sihat.
  • Pengalaman membesarkan anak memberikan cabaran tersendiri, terutama ketika anaknya masih kecil, dan anaknya dijangka akan memulakan prasekolah tahun depan untuk membina kemahiran sosial.
  • Yonnyboii baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul Sempurna, yang meraikan kasih sayang dan penghargaan terhadap keluarga, dilancarkan menjelang Hari Bapa.

Penyanyi dan komposer, Yonnyboii mengakui kesibukan jadual kerja serta pelbagai komitmen yang perlu diuruskan menyebabkan berat badannya semakin menurun.

Menurut Yonnyboii, dia kini sedang berusaha untuk kembali cergas dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik meskipun berdepan tekanan kerja serta tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Itulah, saya sedang ‘struggle’  tapi pada masa sama, saya cuba kembali ‘fit’.  Dulu pada awal saya berkahwin dengan isteri saya, saya gemuk sedikit. Saya akui, banyak perkara yang sedang berjalan.

“Saya pun tengah buat album, jadi semuanya berkaitan muzik, anak saya dan keluarga saya. Tapi macam mana pun, kami cuba untuk kendalikan bersama.

“Senang cerita, menginjak dewasa ini, banyak benda yang kena diuruskan. Tekanan kerja dan sebagainya, tapi bagaimanapun sekarang saya sedang berusaha untuk terus sihat, insya-Allah semuanya baik-baik sahaja,” katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, pelantun lagu Sakit itu turut mengakui pengalaman membesarkan anak mempunyai cabaran tersendiri terutama ketika anaknya masih kecil.

“Anak saya pun kadang-kadang dia suruh saya pergi kerja sebab dia nak ada masanya sendiri,” katanya sambil ketawa.

“Saya akui masa anak saya kecil, agak susah. Paling susah ketika dia berusia setahun tapi apabila masuk dua tahun, kami mula okay sebab kami memang betul-betul nak jaga anak kami dan memastikan semuanya okay.

“Dari masa ke masa, kami cuba menyesuaikan diri. Saya cari masa sendiri dan sekarang ini, bagi saya, dah senang sebab saya dah ada masa sendiri. Anak saya pun kadang-kadang dia suruh saya pergi kerja sebab dia nak ada masanya sendiri.

Berkongsi perkembangan terkini, Yonnyboii berkata anaknya dijangka akan memulakan sesi prasekolah pada tahun hadapan sebagai persediaan untuk bergaul dan membina kemahiran sosial bersama rakan sebaya.

“Tahun depan baru akan hantar prasekolah sebab dia kena bersosial juga,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Yonnyboii turut melancarkan lagu terbaharunya berjudul Sempurna.

Sempurna, karya yang meraikan kasih sayang, penerimaan dan penghargaan terhadap insan yang melengkapkan kehidupan ini ditulis oleh Harith Zazman, Yonnyboii dan Justin Seow, yang turut bertindak sebagai penerbit.

Sempurna lahir daripada pengalaman sebenar kedua-dua penyanyi yang kini menjalani kehidupan sebagai suami dan bapa. Ia dilancarkan menjelang Hari Bapa, sebagai sebuah karya yang mengingatkan untuk menghargai perkara-perkara kecil dalam hubungan, menerima perbezaan yang wujud dalam setiap insan, serta meraikan keluarga yang sentiasa menjadi tempat pulang.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement