Skip to main content

Hiburan

Yusof Haslam Akui Susah Buang Pekerja Walau Buat Salah - “Saya Akan Minta Maaf Selepas Marah & Terkasar Bahasa”

Yusof Haslam Akui Susah Buang Pekerja Walau Buat Salah - “Saya Akan Minta Maaf Selepas Marah & Terkasar Bahasa”

Sekilas

  • Datuk Yusof Haslam mengakui susah untuk membuang pekerja walaupun kadang-kadang berasa marah dan lebih suka menegur dengan baik selepas keadaan reda.
  • Beliau sering memohon maaf kepada staf jika mengeluarkan kata-kata kasar ketika marah, mengikut contoh arwah bapanya yang juga suka memujuk dan meminta maaf selepas memarahi.
  • Yusof percaya sikap mengalah bukan bermakna kalah, tetapi cara untuk mencari ketenangan dan mengelakkan perselisihan berpanjangan.
Advertisement

Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengakui dirinya yang sukar membuang pekerja meskipun ada kalanya berdepan masalah sehingga membuatkan dirinya berasa marah.

Menurut Yusof, dia lebih memilih untuk menegur pekerja secara baik selepas keadaan kembali reda, malah tidak keberatan untuk memohon maaf sekiranya mengeluarkan kata-kata kasar ketika sedang marah.

Advertisement

“Saya adalah majikan yang susah nak buang pekerja. Saya marah, tapi saya tak buang. Saya panggil balik kat dia, saya cakap elok-elok dengan dia, ‘Aku minta maaf sebab aku tercakap kasar dengan kau tadi.’

“Saya pernah minta maaf dekat staf sendiri. Walaupun dia salah tapi ingat, ‘Apa yang saya cakap tu untuk kebaikan awak,” katanya.

Ujar pemilik nama Yusof Md Haslam Khan ini, sikap tersebut mungkin dipengaruhi arwah bapanya yang sering memujuk dan meminta maaf selepas memarahi ahli keluarga.

Advertisement

“Bapa saya pernah marah, pernah sebat saya. Tapj bila petang datang peluk saya, usap dan cakap, ‘Bapa minta maaf sebab pukul ya. Bapa pukul sebab nak betulkan kau’.

“Dia peluk kita dan jadi kita daripada perasaan marah reda. Bila dia peluk dan minta maaf kita tak berdendam dan hati jadi sejuk,” tambahnya.

Tambah Yusof, tindakan memujuk dan meminta maaf mampu meredakan kemarahan sekali gus mengelakkan perselisihan faham daripada berpanjangan.

Malah, pengarah yang terkenal dengan jolokan Six Million Dollar Men ini berpendapat bahawa sikap mengalah bukan bermaksud seseorang itu tewas, sebaliknya membantununtuk mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

“Kalau awak biarkan, ibarat macam bara. Dia akan terus membakar.

“Bila tua-tua ini kita bertekak juga kadang-kadang, tapi akhirnya untuk mencari ketenangan, bagi saya kita perlu mengalah.

“Mengalah bukan bermakna kita kalah. Mengalah untuk mencari kedamaian,” katanya lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement