Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Yusof Haslam Doakan Puteri Sarah Segera Bertemu Jodoh - “Jangan Biarkan Masa Berlalu Sebab Kehidupan Ini Singkat”

Yusof Haslam

Sekilas

  • Datuk Yusof Haslam mendoakan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana, agar segera bertemu jodoh dan menasihatkan supaya tidak membiarkan masa berlalu tanpa teman hidup.
  • Beliau berkongsi rahsia keharmonian rumah tangga dengan menekankan pentingnya bertolak ansur dan menerima kekurangan pasangan dalam perkahwinan.
  • Puteri Sarah pernah berkahwin dengan anak Yusof, Syamsul Yusof, dan mereka dikurniakan dua cahaya mata sebelum berpisah pada Jun 2023.
Advertisement

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam mendoakan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana agar segera bertemu jodoh.

Bukan itu sahaja, Yusof turut menasihatkan Puteri Sarah untuk tidak membiarkan masa berlalu tanpa teman hidup.

Advertisement

"Mudah-mudahan kamu bertemu jodoh. Jangan biarkan masa berlalu sebab kehidupan ini singkat. Kita kahwin, dapat anak, besarkan anak, tahu-tahu dah berusia.

"Papa pun tahu papa dah 72 (tahun), kamu pun dah nak dekat 40, kan? Jadi, apa sekalipun, teruskan perjuangan, dapat jodoh yang sesuai yang kamu rasa (serasi)," katanya.

Dalam pada itu, pengarah yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ ini turut berkongsi rahsia keharmonian dalam rumah tangga buat Puteri Sarah.

Advertisement

Ujarnya, adalah sangat penting untuk kita menerima kekurangan pasangan kerana tiada insan yang dilahirkan sempurna di muka bumi ini.

"Lepas dapat jodoh itu, kita serahkan soal rumah tangga kepada takdir. Tapi, banyakkan bertolak ansur dalam kehidupan dan suami juga mesti lebih bersikap profesional. Tidak boleh ego, tak boleh meninggi diri. Mesti ada 'give and take'," katanya.

"Dalam rumah tangga, masing-masing ada kekurangan. Papa doakan yang terbaik," katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan anak Yusof yang juga pelakon dan pengarah iaitu Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 sebelum berpisah pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Summayah, 6.

Sumber: Instagram Primavalet

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

ELGINI E16209 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Women’s Straight-Cut Pants

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

【Fast shipping】Men's shoes Korean sports casual thick men's fashion sports shoes running shoes dad men's hiking shoes

Must Watch Video

Advertisement