Skip to main content

Hiburan

Yusry Belum Terfikir Masuk GV, Rasa Tak Adil Sebab…

Yusry Belum Terfikir Masuk GV, Rasa Tak Adil Sebab…

Sekilas

  • Datuk Yusry Abdul Halim belum berhasrat sertai Gegar Vaganza kerana masih aktif dalam industri muzik dan mahu beri ruang kepada penyanyi yang sudah lama meninggalkan pentas.
  • Yusry kini menjadi juri tetap Kilauan Emas Selebriti 2026 dan mengakui tugas itu memberi tekanan kerana peserta lebih senior dan ada yang pernah diarahkan olehnya.
  • Kilauan Emas Selebriti 2026 akan disiarkan secara langsung selama tujuh minggu bermula 22 Ogos setiap Sabtu, pukul 9 malam di Astro Prima.
Advertisement

Penyanyi dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim mengakui belum terfikir untuk menyertai program pertandingan nyanyian seperti Gegar Vaganza (GV) memandangkan dirinya masih aktif dalam industri muzik.

Menurut Yusry, penyertaannya juga mungkin dianggap kurang adil memandangkan GV merupakan platform yang memberi ruang kepada penyanyi yang sudah lama meninggalkan pentas untuk kembali menyerlah.

“Kalau diberi peluang untuk bertanding, bukan Kilauan Emas, program lain macam GV, buat masa sekarang taklah kot.

“Sebab GV untuk diberi ruang kepada penyanyi-penyanyi yang dah tinggalkan pentas, yang dah lama tidak ada dalam arena seni.

“Saya masih ada album, baru ini. Mungkin tak berapa adil kalau saya masuk bertanding,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Yusry yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Kilauan Emas Selebriti 2026 mengakui tugas tersebut turut memberikan tekanan kepadanya.

Katanya, cabaran menjadi lebih besar apabila semua peserta program berkenaan lebih senior daripadanya, malah beberapa daripada mereka pernah diarahkan Yusry dalam projek lakonan sebelum ini.

“Sebenarnya pasal peserta ini, semua lebih senior daripada saya. Ada beberapa orang, empat ke lima orang yang saya pernah arah sebelum ini.

“Macam kita tahulah, ‘otai-otai’ ini bila tidak menjalani penggambaran, mereka suka menyanyi. Saya tahu mereka boleh menyanyi.

“Jadi bila saya nampak nama-nama dalam ini, saya rasa ini boleh jadi sebuah program yang menyeronokkan,” ujarnya.

Kilauan Emas Selebriti 2026 bakal bersiaran secara langsung selama tujuh minggu bermula 22 Ogos ini, setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement