Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Yusry Gagal Rayuan Haji, Lisa Surihani Anggap Ada Hikmah

Astro Gempak lisa yusry (1)

Sekilas

  • Lisa Surihani reda dengan kegagalan rayuan suaminya, Yusry Abdul Halim, untuk menunaikan ibadah haji tahun ini dan percaya ada hikmah di sebaliknya.
  • Lisa bersyukur rayuan visa hajinya diluluskan dan berharap dapat menunaikan ibadah tersebut walaupun tanpa kehadiran suami.
  • Lisa menghargai sokongan Yusry yang menjaga anak-anak sepanjang ketiadaannya di Tanah Suci Makkah.
Advertisement

Pelakon Lisa Surihani percaya ada hikmah di sebalik kegagalan rayuan suaminya, Yusry Abdul Halim untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menurut Lisa, mereka pada awalnya berharap dapat menunaikan ibadah tersebut bersama-sama, namun reda dengan setiap ketentuan yang telah diatur.

Advertisement

“Ia menjadi peringatan untuk kami terus reda, bahawa setiap niat dan perancangan kita tetap tertakluk kepada aturan Yang Maha Tinggi.

“Mungkin kehadiran abang lebih diperlukan untuk menjaga keadaan di rumah, untuk anak-anak kami, supaya dapat membantu mengurus dan menjaga anak-anak sepanjang ketiadaan saya selama 45 hari,” katanya.

Tambah Lisa lagi, dia bersyukur apabila mendapat khabar anak-anak berada dalam keadaan baik sepanjang ketiadaannya di Tanah Suci.

Advertisement

“Alhamdulillah dengar khabar mereka semua baik-baik saja. Terima kasih daddy. Itulah yang penting buat mereka. Leganya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Lisa turut meluahkan rasa syukur apabila rayuan visa hajinya menerusi Lembaga Tabung Haji diluluskan walaupun rayuan suaminya tidak berjaya.

“Alhamdulillah saya amat bersyukur atas kelulusan rayuan visa Tabung Haji saya. Segalanya juga telah diatur dengan indah oleh Allah.

“Alhamdulillah syukur berharap dapat menempuh perjalanan ini bersama, rayuan abang tidak diluluskan. Namun, pasti ada hikmahnya,” ujarnya.

Terdahulu, Lisa berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima musim haji tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa turut memuat naik momen Yusry bersama tiga cahaya mata mereka menghantarnya ke lokasi berkumpul jemaah sebelum berlepas ke Makkah.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

[NEW] [medicube official] Kojic Acid Turmeric Vita Jelly Mist Serum

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

JEEL Gents Kurta - RM39 only! | No Shrinkage | No Colour Run | Ready Stock | 100% Guaranteed |

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

MInyak Saloma Oil Breasts Massage Koko Dada Maintenance Oil Hydrating Organic 30ml Beautiful Secret

{JMI} Women Wanita Sandals Selipar Kasut Shoe 0065-LS – 3 Colors

{JMI} Women Wanita Sandals Selipar Kasut Shoe 0065-LS – 3 Colors

ZANZEA Women Korean Fashion Chinese Style Printed Round Neck 3/4 Sleeve Shirt Elastic Waist Fitted Hip Skirt Two-Piece Set

ZANZEA Women Korean Fashion Chinese Style Printed Round Neck 3/4 Sleeve Shirt Elastic Waist Fitted Hip Skirt Two-Piece Set

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Must Watch Video

Advertisement