Skip to main content

Berita Tempatan

Yusuf Bahrin Sebak, Sah Bercerai Talak Satu Dengan Zizi Kirana

Astro Gempak yusuf zizi

Sekilas

  • Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
  • Perceraian berlaku selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Zizi mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
  • Pasangan ini berkahwin pada September 2021 dan belum dikurniakan cahaya mata, dengan Zizi enggan memberikan komen lanjut mengenai perceraian.

Tanda tanya mengenai spekulasi rumah tangga pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak satu secara raj’ie di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Zizi di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.

Menurut peguam yang mewakili Zizi yang dikenali sebagai Haiza, perceraian itu berlaku selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Hari ini adalah satu permohonan perceraian di bawah Seksyen 47 yang mana pihak-pihak iaitu Zizi dan juga Yusuf, kedua-duanya bersetuju untuk permohonan perceraian ini.

“Dan pada hari ini di mahkamah ini, di hadapan Yang Arif Tuan Muhammad Syaifullah Hamza telah direkodkan satu lafaz cerai oleh Yusuf terhadap Zizi dengan talak satu secara raj’ie.

“Jadi, kedua-duanya dapat menjalankan kes pada hari ini dengan baik dan itu sahajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini ya,” kongsinya.

Sementara itu, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil enggan memberikan komen lanjut mengenai perceraian ini.

“Saya tak ada nak komen apa-apa, semuanya dah selesai.

“Terima kasih semua, maaf tunggu lama,” luah Zizi.

Sebelum ini, timbulnya spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang didakwa berantakan selepas dilihat menyambut perayaan Aidilfitri secara berasingan.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement