Sekilas
- Pelakon Yusuf Bahrin terkejut dan bersyukur ditawarkan menjadi pelakon suara watak Kachax dalam filem animasi Papa Zola The Movie.
- Filem animasi keluaran MONSTA dan Astro Shaw ini sudah mendapat sambutan hangat dengan tiket tayangan awal habis terjual.
- Papa Zola The Movie akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember, sesuai untuk peminat animasi seperti BoboiBoy dan Mechamato.
Pelakon, Yusuf Bahrin tidak menyangka akan ditawarkan untuk menjadi pelakon suara bagi salah satu watak dalam filem animasi, Papa Zola The Movie.
Walau bagaimanapun, Muhammad Yusuf Bahrin ini meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk menjadi salah seorang pelakon suara bagi projek tersebut.
“Ini semua adalah rezeki dan saya sebenarnya tak pernah sangka akan dapat projek seperti itu.
“Dalam ramai-ramai orang, kenapa saya? Itu saya tak tahu. Tapi, Alhamdulillah itu adalah rezeki,” ujarnya.
Yusuf berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instastory.
Menerusi perkongsian yang sama, Yusuf turut menyeru pengikutnya agar menonton filem animasi keluaran MONSTA dan Astro Shaw itu di pawagam.
“Terima kasih semua.
“Bolehlah bawa kawan-kawan dan keluarga pergi tengok Papa Zola The Movie: Game On,” katanya.
Sekadar info, Yusuf merupakan salah seorang pelakon suara dan memegang watak sebagai Kachax.
Papa Zola The Movie bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Apa yang mencuri perhatian ialah, tayangan awal di beberapa lokasi pawagam yang terpilih sebelum ini dilihat mendapat sambutan apabila tiket tayangan awal sudah habis terjual.
Sinopsis:
Filem ‘Papa Zola The Movie’ mengisahkan Papa Zola, seorang bapa dan suami yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan permintaan anaknya, Pipi.
Walau bagaimanapun, banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui Papa Zola dan keluarga sepanjang pengembaraan itu.
Buat para peminat francais animasi BoboiBoy dan Mechamato, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket dan tonton Papa Zola The Movie di pawagam berdekatan anda bermula 11 Disember ini.
Sumber: Instastory Yusuf Bahrin.