Skip to main content

Hiburan

Yuti Terkejut Terima Panggilan Elly Mazlein, Tiba-Tiba Minta…

Elly Mazlien

Penata gaya, Yuti mendedahkan selebriti serba boleh, Elly Mazlein pernah meminta doa daripadanya agar dapat memakai hijab suatu hari nanti. 

Menurut Yuti, dia berasa sebak selepas menerima panggilan daripada Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom untuk mendapatkan khidmatnya untuk mengayakan hijab pada konsert akhir Kilauan Emas 2025.

“Semalam (Jumaat), Kak Lina hubungi saya bagi tahu boleh ke saya pakaikan dia tudung esok, sebak saya dengar. Kebetulan saya memang setiap minggu buat untuk Erra Fazira,” katanya.

Tambah Yuti, keinginan Elly untuk bertudung bukan sesuatu yang tiba-tiba kerana sebelum ini pelakon dan pengacara itu sudah beberapa kali menyuarakan hasratnya.

“Sumpah saya macam tak sangka sebab sebelum ini setiap kali jumpa, Kak Lina selalu cakap untuk doakan dia mana tahu selepas ini saya boleh pakaikan tudung untuk dia. Sayang Kak Lina saya ketat-ketat. Korang doakan yang baik-baik ya untuk dia,” tambahnya. 

Terdahulu, Elly Mazlein membuat kejutan apabila tampil berhijab ketika mengacarakan konsert akhir Kilauan Emas 2025. 

Jelas Elly Mazlein, kuputusan untuk bertudung dilakukan ikhlas selepas hatinya terjentik melihat perjuangan para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
 

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement