Skip to main content

Hiburan

Zahid Buat Showcase, Tiket Mahal Dapat Makan Roti Canai Bersama Belakang Pentas - “Malam Untuk Juara Sebenar”

Zahid AF2

Sekilas

  • Zahid Baharudin akan mengadakan showcase pertama untuk mengimbau nostalgia sepanjang penglibatannya dalam Akademi Fantasia musim kedua.
  • Showcase bertajuk ‘Malam Realiti Juara Yang Sebenar’ akan berlangsung pada 15 Februari dan peminat diminta memakai pakaian berona oren.
  • Pembeli tiket termahal berharga RM158 berpeluang makan roti canai bersama Zahid di belakang pentas, satu tradisi yang sinonim dengan dirinya sejak AF2.
Advertisement

Penyanyi, Zahid Baharudin bakal mengadakan showcase buat kali pertama sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan tanah air.

Menerusi Threads, bekas juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) itu memaklumkan bahawa showcase berkenaan adalah untuk mengimbau kembali nostalgia kesemua minggu sepanjang penglibatannya dalam program berkenaan.

Advertisement

Tambah Zahid yang berseloroh, showcase itu juga bertujuan untuk mengingatkan semula penonton bahawa dirinya merupakan juara yang sebenar.

“Assalamualaikum warga Thread, malam untuk mengimbau nostalgia sepanjang 10 minggu dalam AF2 dulu. Juga malam peringatan juara yang sebenar,” kongsinya.

Lebih menarik, Zahid memaklumkan pembeli tiket termahal berpeluang untuk menikmati juadah roti canai bersamanya di belakang pentas.

Advertisement

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 45 tahun ini juga meminta peminat yang bakal hadir untuk mengenakan pakaian berona oren yang begitu sinonim dengan dirinya sepanjang penglibatan dalam AF2, lebih dua dekad yang lalu.

“Tiker paling mahal (RM158) berpeluang untuk makan roti canai bersama Zahid di belakang pentas.

“Sebarkan pada kawan-kawan yang pernah AFUNDI ZAHID. Jangan lupa baju oren ya!,” kongsinya.

Sekadar info, roti canai juga merupakan elemen yang begitu sinonim dengan Zahid sewaktu penyertaannya dalam AF2.

Selepas dinobatkan sebagai juara, Zahid mengotakan janji dengan mengadakan ‘kenduri’ roti canai kepada penyokong setia yang mengundinya.

Sementara itu, showcase yang diberi nama ‘Malam Realiti Juara Yang Sebenar’ itu akan diadakan pada 15 Februari depan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

35-70L Backpack Rain Cover Waterproof Outdoor Large Ultra Light Elastic Portable Bag Cover Camping Hiking Baju Hujan

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement