Skip to main content

Hiburan

Zahirah Macwilson Terharu Good Boys Go To Heaven Dapat Sambutan, Titip Pesan Kepada Ibu Bapa - “Tak Kira Sesibuk Mana Pun, Sentiasalah…”

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven, semakin mendapat perhatian dan sokongan ramai sejak episod pertama ditayangkan.
  • Pelakon Zahirah Macwilson menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa peka dan memantau keselamatan anak-anak kerana isu dalam drama itu mencerminkan realiti sebenar.
  • Drama ini mengisahkan kehilangan dan kematian tragis seorang anak lelaki, dan boleh ditonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra serta distrim awal di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Siri premium Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven dilihat semakin mendapat tempat dan terus menjadi bualan peminat di media sosial.

Terbaharu, pelakon, Zahirah Macwilson meluahkan rasa terharu melihat sokongan orang ramai terhadap drama siri premium lakonan terbaharunya itu.

Advertisement

“Terharu melihat ramai yang menyokong GBGTH walaupun baru episod pertama. Terima kasih banyak-banyak.

“Walaupun ia hanya hiburan, isu dan kes yang berlaku dalam drama ini benar-benar terjadi di dunia nyata,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Zahirah menitipkan pesan kepada golongan ibu bapa untuk terus peka dan cakna mengenai keselamatan anak-anak memandangkan apa yang dipaparkan menerusi drama itu turut berlaku di dunia sebenar.

Tambah Zahirah, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau keadaan anak-anak walau sesibuk mana sekalipun.

“Kita perlu sentiasa peka dan mengingatkan anak-anak tentang keselamatan diri, apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan dan bahaya orang tidak dikenali,” katanya.

“Tidak kira sesibuk mana kita, sentiasalah bertanya khabar dan memeriksa keadaan anak-anak.

“Drama ini bukan sekadar sebuah rancangan. Ia adalah satu wake-up call,” ujarnya.

Sekadar info, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.

Selain Zahirah, siri ini turut dibintangi Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Amanda Ang dan ramai lagi.

Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement