Skip to main content

Hiburan

Zahirah Macwilson Terkejut Dilabel Sombong - “Tak Adil Label Berdasarkan….”

Zahirah Macwilson

Sekilas

  • Zahirah Macwilson menafikan dakwaan sombong dan anggap ia tidak adil berdasarkan interaksi singkat.
  • Pelakon itu sering berjumpa dengan peminat dan terinspirasi oleh mereka, walaupun ada yang salah faham tentang sikapnya.
  • Dia kesal dengan tuduhan tanpa usul periksa di media sosial dan mengingatkan supaya lebih bertanggungjawab dalam bercakap.
Advertisement

Pelakon, Zahirah Macwilson menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia seorang yang sombong.

Ujar pemilik nama Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson ini, adalah tidak adil untuk melabel seseorang itu sebagai sombong berdasarkan interaksi yang singkat.

Advertisement

"Saya tak mahu komen terlalu banyak tentang perkara ini. Bagi saya, tidak adil untuk melabel seseorang itu sombong hanya berdasarkan interaksi yang berlaku dalam sesaat dua.

"Sombong itu satu perkataan yang berat dan besar maknanya. Tapi kalau di luar, saya sebenarnya okey saja berjumpa dengan orang ramai.

"Saya selalu ada pertemuan manis dengan peminat. Kebanyakan mereka terinspirasi dengan saya tapi sebenarnya saya yang terinspirasi dengan mereka.

"Tak boleh nak komen bagi pihak mereka yang rasa begitu. Mungkin ketika itu waktu yang tidak sesuai atau saya sedang memikirkan perkara lain, tak pernah dilakukan dengan sengaja," katanya kepada Gempak.

Zahirah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis tayangan drama terbaharu lakonannya yang berjudul Good Boys Go To Heaven bertempat di TGV KLCC, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini turut berasa kesal dengan sikap segelintir pihak di media sosial yang dilihat seakan gemar melemparkan tuduhan tanpa usul periksa.

"Saya tak boleh cakap dan tidak mahu melaga-lagakan orang. Bagi saya, kalau tiada benda baik nak cakap, lebih baik diam saja.

"Kita di zaman media sosial yang terlalu mudah untuk menaip apa saja tanpa rasa tanggungjawab atau akauntabiliti.

"Orang boleh cakap sesuka hati tanpa nampak bagaimana kata-kata itu menyakitkan hati atau memberi kesan kepada mental seseorang.

"Saya rasa tak perlu cakap apa-apa kalau perkara itu bukan fakta, sekadar andaian atau tuduhan semata-mata, kecuali jika apa yang anda perjuangkan adalah satu kebenaran," katanya lagi.

Sebelum ini, kecoh dalam Threads berkenaan senarai artis Malaysia yang dikatakan sombong termasuk nama Zahirah.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement