Sekilas
- Pelakon Zahnita Wilson berkongsi momen terharu apabila terjumpa video lama dirinya sekitar tiga tahun lalu yang membuatkan dia sebak.
- Dia berharap dapat memeluk dan memberi kata semangat kepada dirinya yang dulu jika diberi peluang untuk kembali ke masa itu.
- Zahnita baru sahaja mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Farouk Osman Yunus pada 29 September selepas bercerai pada Ogos 2025 dan mempunyai empat cahaya mata dari perkahwinan pertama.
Pelakon, Zahnita Wilson menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya sewaktu melihat galeri gambar dan video melalui telefon bimbitnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Zahnita memaklumkan dia secara tidak sengaja telah terlihat semula video lamanya sekitar tiga tahun yang lalu.
Ujar pelakon filem Kuliah Cinta ini, dia berasa sangat sebak melihat video tersebut dan memaklumkan bahawa dia akan memeluk sambil memberikan kata-kata semangat buat dirinya ketika itu jika diberikan peluang.
“Saya sedang melihat-lihat galeri telefon dan secara tidak sengaja terjumpa video diri saya dua hingga tiga tahun lalu.
“Saya tersentuh melihat diri saya yang dahulu. Kalaulah saya boleh kembali ke masa itu, saya ingin memeluk dirinya dan memberitahu bahawa suatu hari nanti, semuanya akan baik-baik sahaja,” tulisnya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya sebak dan dalam masa yang gembira melihat kegembiraan yang dicapai Zahnita ketika ini.
Untuk rekod, Zahnita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005, namun bercerai pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.
Zahnita kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus dalam satu majlis di Cyberjaya pada 29 September lalu.
Sumber: Threads