Skip to main content

Berita Tempatan

Zaki Yamani, Hussain & ALPHA 'Take Over' Pentas ROTF, Generasi Baharu Curi Tumpuan Di MAHA 2026

Zaki Yamani, Hussain & ALPHA 'Take Over' Pentas ROTF, Generasi Baharu Curi Tumpuan Di MAHA 2026

Sekilas

  • Generasi baharu muzik tempatan mencuri tumpuan pada malam kelima MAHA 2026 dengan persembahan di The New Era Night.
  • Zaki Yamani bersama sepupunya Hussain dan kumpulan ALPHA berjaya menghidupkan suasana dengan persembahan penuh tenaga dan interaksi bersama penonton.
  • ROTF menjadi platform penting untuk bakat muda mendekati peminat dan membentuk landskap hiburan masa depan.
Advertisement

Generasi baharu industri muzik tempatan mencuri tumpuan pada malam kelima MAHA 2026 apabila barisan bakat muda mengambil alih pentas Rhythm of the Farmers (ROTF) menerusi The New Era Night.

Malam yang memberi fokus kepada wajah baharu industri hiburan itu menyaksikan pengunjung khususnya golongan muda memenuhi ruang persembahan untuk menikmati aksi artis pilihan mereka.

Advertisement

Antara yang menjadi perhatian ialah penyanyi muda Zaki Yamani yang tampil bersama sepupunya, Hussain.

Gandingan dua bakat muda itu berjaya menghidupkan suasana apabila pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyanyi bersama serta memberikan sokongan sepanjang persembahan berlangsung.

Tidak kurang mencuri perhatian ialah kumpulan ALPHA yang membawa tenaga berbeza menerusi persembahan penuh bertenaga di atas pentas.

Advertisement

Aksi mereka mendapat sambutan hangat daripada pengunjung apabila ramai dilihat turut menari, menyanyi dan menikmati persembahan bersama-sama.

Menerusi konsep The New Era Night, ROTF kali ini bukan sahaja menjadi ruang hiburan buat pengunjung MAHA 2026, tetapi turut memberi pentas kepada bakat generasi baharu untuk mendekati peminat dalam skala lebih besar.

Kehadiran peminat muda yang sama-sama memberikan tenaga sepanjang persembahan turut menjadikan malam tersebut seakan pertemuan dua generasi baharu, bakat yang sedang membina nama dan kelompok peminat yang bakal membentuk landskap hiburan seterusnya.

Dengan Zaki Yamani, Hussain dan ALPHA antara yang menghangatkan pentas, The New Era Night akhirnya menjadi malam milik generasi baharu di ROTF.

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

Must Watch Video

Advertisement