Skip to main content

Selebriti

Zara Zya Titip Nasihat, Usah Sibuk Pertikai Hidup Orang Lain - “Kerja Apa, Duduk Rumah Apa, Kahwin Ke Tak, Jangan Persoalkan”

Zara zya jangan persoal orang

Sekilas

  • Zara Zya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempertikaikan perjalanan hidup individu lain kerana setiap orang ada laluan dan rezeki yang berbeza.
  • Pelakon itu menegaskan bahawa persepsi hari ini tidak semestinya mencerminkan masa depan seseorang dan tiada kehidupan yang benar-benar sempurna.
  • Zara mengingatkan supaya jangan merendahkan rezeki orang lain kerana setiap orang menghadapi cabaran dan perjuangan yang berbeza.
Advertisement

Pelakon, Zara Zya menitipkan pesanan agar orang ramai tidak mudah mempertikaikan perjalanan hidup individu lain.

Menurut Zara, setiap orang mempunyai laluan hidup dan rezeki yang berbeza dan tidak seharusnya perkara itu dijadikan persoalan atau perbandingan.

Advertisement

“Jangan pernah pertikaikan perjalanan hidup seseorang. Dia kerja apa, duduk rumah apa, tak kahwin lagi ke, tak ada anak lagi ke. Jangan pernah persoalkan,” coretnya menerusi hantaran di platform Threads.

Tambah Zara lagi, persepsi yang dilihat pada hari ini tidak semestinya mencerminkan masa depan seseorang.

Malah, Zara menegaskan bahawa tiada kehidupan yang benar-benar sempurna kerana setiap orang berdepan dengan cabaran tersendiri.

“Mungkin hari ini kita nampak dia macam tak ada masa depan. Tapi kita tak tahu mungkin masa akan datang dia yang tolong kita.

“Jangan suka merendahkan rezeki orang lain. Sebab kisah rezeki setiap orang tidak akan pernah sama.

“Tiada kehidupan yang sempurna, struggle kita semua adalah berbeza,” tulisnya.

Sumber: Threads @zarazya

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement