Skip to main content

Hiburan

Zarif Ghazzi Pesan Jangan Buat Muka Tak Bersalah Kalau Lambat Ke Set - “Datang Dekat Setiap Orang & Minta Maaf”

Astro Gempak 276

Sekilas

Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi berkongsi pandangannya mengenai isu segelintir pelakon yang tidak menepati masa ketika berada di set penggambaran.

Menurut Zarif, 22, dia sangat menitikberatkan soal masa kerana menganggap perkara tersebut sebagai asas disiplin dalam kerjaya sebagai pelakon.

“Saya pelakon baru, perkara yang paling saya takut adalah timing. Masa kita sampai, masa kita bekerja.

“Macam kalau kerja kerajaan pun kita ada punch card. Jadi kalau boleh kita terapkan perkara yang sama.

“Kalau call time pukul 7, kalau boleh jangan pukul 7 baru datang. Pukul 6.30 ke, pukul 6.45 ke datang,” katanya.

Zarif berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis iftar eksklusif drama Hilang Dalam Rindu di Banglo 289 pada Rabu.

Tambahnya lagi, sikap menghormati masa juga penting kerana setiap kru produksi dan pelakon lain mempunyai komitmen dan keluarga yang menunggu mereka di rumah.

“Sebab macam mana pun kalau kita datang lambat, walaupun lima minit pun, semua orang itu ada keluarga yang tunggu mereka.

“Disebabkan kita datang lambat, mereka kena habis shoot lambat. Keluarga mereka semua tunggu di rumah untuk mereka balik,” jelasnya.

Pada masa sama, Zarif menegaskan bahawa sikap atau attitude merupakan perkara paling penting dalam apa jua pekerjaan.

“Bagi saya itu attitude. Kita pergi mana-mana pun, tak kisahlah kita berilmu tinggi macam mana pun, attitude is number one.

“Common sense is number one. Bila kita fikir kita yang lambat, janganlah tiba-tiba datang itu buat muka tak bersalah,” katanya.

Dalam pada itu, Zarif turut menasihatkan agar individu yang terlewat tampil memohon maaf dengan cara yang betul kepada semua pihak yang terlibat.

“Kalau lambat, datanglah dekat setiap orang dan minta maaf. Beritahu kenapa lambat.

“Saya pergi ke setiap orang. Saya akan minta maaf kalau datang lambat. 

“Yang penting sebenarnya bila kita berbudi, orang akan berbicara,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Azhan Rani turut berkongsi pengalaman berdepan sikap segelintir rakan artis yang tidak menepati masa ketika menjalani penggambaran.

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement