Skip to main content

Hiburan

Zarif Ghazzi Terharu Bawa Beca Untuk Biduanita Negara, Persiapan Hanya Dalam Masa...

Zarif Ghazzi Terharu Bawa Beca Untuk Biduanita Negara, Persiapan Hanya Dalam Masa...

Sekilas

  • Pelakon Zarif Ghazzi terharu dan bersyukur diberi peluang mengendalikan beca dalam persembahan lagu Kurik Kundi nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Gema Bumantara.
  • Zarif menerima berita penglibatan secara pantas dan menganggap ia satu penghormatan besar serta pengalaman bermakna dalam kerjaya seni.
  • Beliau berharap penonton dapat menikmati dan terhibur dengan segmen istimewa yang bakal dipersembahkan malam tersebut.
Advertisement

Pelakon, Zarif Ghazzi meluahkan rasa terharu selepas diberi peluang untuk terlibat untuk bersama-sama dalam menjayakan persembahan lagu Kurik Kundi nyanyian Bidunita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Konsert Gema Bumantara.

Menerusi segmen tersebut, Zarif bakal mengendalikan beca yang membawa Siti Nurhaliza, sekali gus menyuntik elemen santai dan menghiburkan dalam persembahan yang dinanti-nantikan peminat.

Advertisement

“Sejujurnya, saya memang terkejut apabila menerima berita ini. Dalam masa yang sama, saya sangat terharu dan bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk menjadi sebahagian daripada persembahan yang cukup istimewa ini.

“Bayangkan, hari Rabu saya dihubungi oleh pengurus, hari Khamis semuanya disahkan, hari Jumaat sudah mula menjalani latihan dan hari Sabtu terus ke konsert. Semuanya berlaku dengan begitu pantas sampai saya sendiri macam tak percaya,” katanya.

Dalam pada itu, bintang KUDRAT 1968 itu juga menganggap peluang tersebut bukan sekadar memberikan pengalaman baharu. 

Advertisement

Malah satu penghormatan besar apabila berpeluang menjadi sebahagian daripada persembahan bersama figura seni yang cukup berpengaruh dalam industri hiburan tanah air.

“Saya anggap ini satu rezeki dan pengalaman yang sangat bermakna. Bila orang memberikan kepercayaan kepada kita, sudah tentu kita mahu berikan yang terbaik.

“Saya harap penonton dapat menikmati segmen ini dan sama-sama terhibur dengan apa yang bakal dipersembahkan malam ini,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement