Sekilas
- Pelakon Zarina Anjoulie kini serius mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti kecergasan sebagai rutin harian.
- Walaupun kadang-kadang berasa malas terutama pagi hari, Zarina tetap memaksa diri untuk ke gimnasium demi disiplin dan semangat.
- Dia mengakui kesedaran menjaga kesihatan datang agak lewat, tapi percaya lebih baik mula sekarang daripada tidak langsung.
Pelakon, Zarina Anjoulie kini semakin serius dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan mula menjadikan aktiviti kecergasan sebagai rutin hariannya.
Bagaimanapun menerusi perkongsian di platform Threads, Zarina atau lebih mesra disapa Anju mengakui ada kalanya dia berasa malas untuk ke gimnasium terutamanya ketika baru bangun tidur.
Namun, disebabkan semangat serta disiplin yang kuat, perasaan itu tidak menghalangnya untuk terus memaksa diri melakukan senaman.
“Kadang-kadang bangun pagi ada rasa macam malas nak pergi nak gym. Konon-konon jelah, lepas tu sampai sampai juga gym,” kongsinya.
Dalam pada itu, Zarina juga mengakui dirinya kini lebih menghargai kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan selepas mula melihat sendiri perubahan dalam dirinya selepas mengamalkan gaya hidup sihat secara serius.
Kata Zarina, biarpun kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat hadir agak lewat, perkara itu bukan alasan untuk tidak melakukan perubahan.
“Rasa nak skip one day is so waste full. Lepas tu bila dah buat, tanya diri, asal lah dari dulu tak hidup sihat macam ni.
“Kalau tak badan dah lama cantik, tapi tak apa lah, it’s better late than never,” coretnya.