Sekilas
- ZAYAN meraikan ulang tahun kesembilan dengan program Usrah Non-Stop yang menampilkan 23 asatizah berkongsi ilmu dan inspirasi secara langsung selama lebih 36 jam.
- Program ini bertujuan memperkukuh peranan ZAYAN sebagai platform kandungan Islamik kontemporari yang relevan dan memberi nilai positif kepada pendengar.
- Sambutan ulang tahun ini juga sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pendengar sejak penubuhan ZAYAN pada 2017.
Sempena ulang tahun kesembilan, ZAYAN meraikannya dengan penuh bermakna menerusi sebuah pengisian Istimewa iaitu Usrah Non-Stop ZAYAN yang menghimpunkan seramai 23 orang asatizah untuk berkongsi ilmu, inspirasi serta pengisian rohani bersama para pendengar.
Menurut Pengurus Jenama ZAYAN, Zureen Effendi, ulang tahun kesembilan ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna buat ZAYAN dan seluruh warga kerja mereka.
“Sebagai jenama yang mengetengahkan kandungan Islamik, kami mahu meraikan detik istimewa ini dengan sesuatu yang dekat dengan identiti ZAYAN serta memberikan manfaat kepada pendengar kami.
“Menerusi Usrah Non-Stop ZAYAN, kami menghimpunkan 23 asatizah untuk berkongsi ilmu, pandangan dan inspirasi yang kami harap dapat memberikan pengisian bermakna kepada semua.
“Selepas sembilan tahun bersiaran, komitmen kami kekal sama, iaitu untuk menjadikan ZAYAN sebagai platform yang terus membawa nilai positif kepada masyarakat.
“Kami akan terus meneroka pendekatan baharu untuk menyampaikan dakwah serta kandungan Islamik kontemporari yang relevan dan dekat dengan kehidupan pendengar, di samping memperkukuhkan hubungan ZAYAN bersama komuniti,” jelasnya.
Bermula seawal jam 6.00 pagi pada 5 Oktober hingga 7.00 malam pada 6 Oktober, Usrah Non-Stop ZAYAN membawakan pengisian berterusan secara langsung bersama barisan asatizah yang berkongsi pelbagai topik dan ilmu bermanfaat sepanjang sambutan ulang tahun tersebut.

Antara barisan asatizah yang terlibat ialah Imam Muda Asyraf, Hafizul Faiz, PU Salman, Ustazah Isfadiah, Da’i Izzhar Nazri, Ustaz Haji Jafri Abu Bakar, serta Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Haji Ahmad Fauwaz, dan ramai lagi.
Penganjuran Usrah Non-Stop ZAYAN bukan sahaja menjadi antara pengisian utama sempena ulang tahun ke-9 ZAYAN, malah mencerminkan usaha berterusan stesen radio tersebut dalam menyampaikan kandungan islamik yang memberi manfaat, inspirasi dan nilai positif kepada para pendengarnya.
Sepanjang sembilan tahun perjalanan ZAYAN, stesen ini terus menjadi platform yang menghubungkan pendengar menerusi kandungan yang dekat dengan kehidupan seharian, di samping mengetengahkan nilai-nilai Islamik yang relevan dengan masyarakat masa kini.
Sambutan kali ini turut menjadi tanda penghargaan buat para pendengar yang terus memberikan sokongan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ZAYAN sejak penubuhannya pada 2017.
Memasuki tahun ke sembilan dalam industri radio tempatan, ZAYAN terus memperkukuh kedudukannya sebagai jenama yang mengetengahkan kandungan Islamik kontemporari berteraskan nilai-nilai positif, selain sentiasa mencari pendekatan baharu untuk kekal relevan serta dekat dengan para pendengar.
Sambutan ulang tahun ini juga merupakan tanda penghargaan ZAYAN kepada para pendengar yang terus memberikan sokongan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan stesen ini sepanjang sembilan tahun.
ZAYAN akan terus komited untuk menghasilkan kandungan yang relevan, bermanfaat dan memberi inspirasi kepada komuniti selaras dengan perkembangan serta keperluan pendengar masa kini.