Skip to main content

Selebriti

Zeera Azizi Geram, Mohon Peminat Bola Tonton Perlawanan Tanpa Bergaduh - “Lantak Korang Lah Nak CR Ke Messi, Tapi Time Tengok Game…”

Zeera CR7 Messi

Sekilas

  • Zeera Azizi menegaskan peminat bola sepak harus fokus pada pasukan yang disokong tanpa memperlekehkan pemain lain.
  • Beliau mengingatkan supaya tidak menggunakan perlawanan untuk mengkritik pemain seperti Cristiano Ronaldo ketika menonton perlawanan Argentina.
  • Zeera menekankan setiap individu bebas memilih siapa yang ingin disokong tanpa perlu dipengaruhi pandangan orang lain.
Advertisement

Pelakon, Zeera Azizi tampil menyuarakan pandangannya mengenai sikap segelintir peminat bola sepak yang gemar mencetuskan perbalahan ketika menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan kegemaran mereka.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Zeera menegaskan setiap individu berhak menyokong pemain atau pasukan pilihan masing-masing tanpa perlu memperlekehkan pihak lain.

Advertisement

Menurut Zeera, ketika menyaksikan perlawanan melibatkan Argentina, peminat seharusnya memberi tumpuan kepada aksi pasukan itu dan bukannya menggunakan peluang tersebut untuk mengkritik pemain lain seperti Cristiano Ronaldo.

“Lantak korang lah weh nak CR ke Messi ke tapi time tengok game Argentina, cakap pasal Argentina jelah. Tak payah tiba-tiba nak bantai CR itu lah CR ini lah.

“Enjoy jelah game, tak payah nak gaduh sana sini. Masing-masing ada pendapat memasing,” coretnya.

Dalam masa sama, Zeera turut mengingatkan bahawa setiap orang bebas menentukan siapa yang ingin disokong tanpa perlu dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

“Jadi lantak lah nak sokong siapa pun. Kau siapa nak tentukan aku untuk suka apa yang kau suka? Be realistic sikit,” tegasnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement