Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Zehra Zambri Pernah Dikecam ‘Terkinja-Kinja’ Di Pentas GV11, Rupanya Ada Air Mata Di Sebalik Persembahan - “Wajib Menatap Foto ‘Nyawa’…”

Zehra Zambri Pernah Dikecam ‘Terkinja-Kinja’ Di Pentas GV11, Rupanya Ada Air Mata Di Sebalik Persembahan - “Wajib Menatap Foto ‘Nyawa’…”

Sekilas

  • Zehra Zambri pernah dikecam kerana aksi ‘terkinja-kinja’ ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza musim ke-11.
  • Dia mengakui sering menahan air mata dan berdoa sebelum naik ke pentas untuk menguatkan diri menghadapi tekanan.
  • Anaknya menjadi sumber kekuatan utama, di mana Zehra selalu menatap foto anaknya sebagai motivasi dan terapi diri.
Advertisement

Penyanyi, Zehra Zambri mengakui pernah berdepan kecaman hebat apabila dikatakan sengaja beraksi secara ‘terkinja-kinja’ ketika membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Menerusi perkongsian di Threads, Zehra berkata di sebalik persembahannya yang menjadi perhatian ramai, dia sebenarnya terpaksa mengumpul kekuatan diri setiap kali sebelum melangkah ke pentas.

Advertisement

Zehra mendedahkan dia sering mengalirkan air mata air sebelum membuat persembahan.

“Pernah dihujat hebat dikatakan terkinja-kinja semasa di pentas GV11. Hakikatnya setiap kali sebelum perform di konsert pada Ahad tu, pasti ada airmata yang dikesat terlebih dahulu.

“Ada doa yang dipohon tak henti. Minta Dia hapuskan seketika bebanan dan rasa ‘sakit’ yang ditanggung,” dedahnya.

Tambah Zehra, anaknya menjadi sumber kekuatan terbesar untuk dia terus melangkah dan mengharungi segala cabaran dalam kehidupan.

Advertisement

Malah, foto anak yang ditatapnya sebelum persembahan menjadi pengua kepada tujuan di sebalik segala usaha dan pengorbanan yang dilakukannya.

“Wajib menatap foto ‘nyawa’ di skrin hp. Segala perjuangan dan penat lelah mencari rezeki hanya buat si kecil. Juga buat terapi diri yang dah lelah bertahan hidup,” dedahnya.

Sumber: Threads @zehrazambri

Anda mungkin berminat dengan

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement