Skip to main content

Hiburan

Zizan Razak Dah Mula ‘Join Trend’ Gambar Meme Sendiri

Zizan Razak Dah Mula ‘Join Trend’ Gambar Meme Sendiri

Sekilas

  • Zizan Razak kini trending di Threads selepas foto lamanya disunting menjadi pelbagai meme yang menghiburkan netizen.
  • Pelakon dan pelawak itu turut menyertai trend dengan memuat naik versi suntingannya memakai sut lumba F1 di Instagram dan Threads.
  • Zizan akan membintangi filem Terbang yang diinspirasikan daripada legenda rali Karamjit Singh, dijangka tayang di pawagam September ini.
Advertisement

Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon dan pelawak Zizan Razak hangat diperkatakan dalam Threads apabila beberapa foto lamanya disunting menjadi pelbagai meme sehingga mencuit hati netizen.

Tidak melatah dengan trend tersebut, Zizan atau nama sebenarnya Mohd. Razizan Abdul Razak, 42, sebaliknya memilih untuk menyertai ‘kegilaan’ tersebut dengan memuat naik versi suntingan orang ramai dalam Instagram dan Threads.

Advertisement

Menerusi perkongsian itu, Zizan memuat naik fotonya memakai sut lumba Formula Satu (F1) susulan pengumuman Malaysia bakal kembali menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij tersebut.

“Bila dengar F1 nak datang Malaysia.

“Ko nak race tapi budi ko dah hujung-hujung,” tulisnya berseloroh.

vbg

Selain itu, pelakon filem Polis Evo itu turut berkongsi beberapa suntingan yang dihasilkan netizen termasuk wajahnya diubah seakan-akan ahli kumpulan K-pop terkenal, BigBang.

“Sampai macam ni korang buat Zizan ye.

“Dah macam kelapa sawit pun ada. BigBang ye. Haih,” katanya.

 v

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut yang rata-ratanya terhibur dengan sikap sporting Zizan melayan kreativiti netizen.

vc

Terdahulu, foto lama Zizan yang memakai baju polo jingga menjadi tular dalam Threads apabila disunting ke pelbagai situasi lucu sehingga mencetuskan fenomena meme dalam media sosial. 

Menerusi perkembangan lain, Zizan bakal membintangi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada kisah legenda rali negara, Karamjit Singh. 

Filem tersebut dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara pada September depan. 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Must Watch Video

Advertisement