Skip to main content

Filem

Zizan Razak Sifatkan Irfan Zaini Sangat Sesuai Untuk Watak Karamjit Singh - “Bila Saya Berlakon Dengan…”

Zizan Razak Sifatkan Irfan Zaini Sangat Sesuai Untuk Watak Karamjit Singh - “Bila Saya Berlakon Dengan…”

Sekilas

  • Zizan Razak tidak berkecil hati watak Karamjit Singh dalam filem TERBANG diberikan kepada Irfan Zaini kerana Irfan lebih sesuai dari segi fizikal dan penampilan.
  • Zizan mengakui Irfan berjaya menghidupkan karakter Karamjit sehingga membuatkan dia rasa seperti berhadapan dengan Karamjit sebenar semasa penggambaran.
  • Filem TERBANG arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan Karamjit dalam arena rali akan ditayangkan di pawagam mulai 17 September ini.
Advertisement

Pelakon dan pelawak Zizan Razak tidak berkecil hati apabila watak legenda rali negara, Karamjit Singh dalam filem TERBANG diberikan kepada Irfan Zaini.

Menurut Zizan, Irfan lebih sesuai membawakan karakter tersebut berdasarkan fizikal dan penampilannya yang mempunyai persamaan dengan Karamjit.

“Bila ditanya kenapa saya tak dapat watak Karamjit, bagi saya Irfan lebih sesuai. Saya tak boleh nak pentingkan diri sendiri.

“Dari segi figura, ketinggian dan jambang dia, memang nampak Karamjit,” katanya.

Malah, Zizan sempat berseloroh mengenai fizikalnya yang dirasakan kurang sesuai untuk membawakan watak tersebut.

“Saya ini dah la rendah, kalau nak berlakon jadi Karamjit, kamera kena tukar lensa 0.5,” selorohnya.

Tambah Zizan, kemampuan Irfan menghidupkan karakter berkenaan turut membuatkan dia sendiri seolah-olah berhadapan dengan Karamjit sebenar ketika menjalani penggambaran.

“Bila saya berlakon dengan Irfan, saya rasa macam tengah bercakap dengan Karamjit yang sebenar. Itu yang best,” ujarnya.

Menerusi perkembangan lain, TERBANG arahan Chiu Keng Guan diinspirasikan daripada perjalanan Karamjit dalam arena rali dan turut dibintangi Zizan, Irfan, Jack Tan, Nam Ron, Shweta Sekhon serta Diana Danielle.

Filem terbitan Astro Shaw itu bakal menemui penonton di pawagam pada 17 September ini.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Must Watch Video

Advertisement