Skip to main content

Hiburan

Zizan Razak Yakin Astro Shaw Cinematic Universe Mampu Pergi Jauh - "Ini Format Yang Sangat Bagus"

Zizan Razak

Pelakon, Zizan Razak menyifatkan projek Astro Shaw Cinematic Universe sebagai satu inisiatif berimpak tinggi dalam industri perfileman tempatan.

Jelas Zizan atau nama lengkapnya Razizan Abdul Razak dengan adanya kualiti seperti ini pastinya ia membuka ruang untuk filem tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya sangat happy, sangat teruja dan saya sangat bersemangat untuk buat kerja ni. Ini antara filem yang beri impak besar dalam kerjaya saya. Sebab itu saya betul-betul sayangkan Polis Evo.

“Saya rasa impaknya sangat kuat untuk industri filem kita. Filem-filem dari Indonesia, Thailand, Jepun semua dah terima kita. Especially Vietnam, mereka sangat membuka tangan untuk kita masuk ke industri filem mereka. Kalau tak ada Jastina, saya rasa benda ni tak akan berjalan. Ini antara orang-orang yang bekerja keras untuk filem Astro Shaw,” katanya.

Mengulas tentang konsep Astro Shaw Cinematic Universe, Zizan percaya konsep penceritaan berhubung antara watak dan filem akan membuatkan penonton lebih teruja untuk mengikuti keseluruhan francais.

“Bila diletakkan Shaw Universe macam ni, saya rasa benda ni akan pergi lebih jauh. Dia akan bercambah, berakar. Ini format yang sangat bagus supaya orang tak tengok Polis Evo sahaja, tapi cerita-cerita lain yang saling berkait.

“Orang akan mula tanya, siapa cousin dia, siapa saudara dia. Semua akan berkait. Saya percaya hujung cerita nanti dia akan jadi macam Avengers, semua hero duduk dalam satu movie. Itu vision saya,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement